Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Baby Shima & Michael Ang Bersuara Isu Konsert ‘Wanita Seksi’ Di Kelantan?

by Naddy Joe
November 28, 2023
100
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan beberapa wanita yang berpakaian menjolok mata sedang membuat persembahan di sebuah konsert yang didakwa berlangsung di negeri yang berteraskan Islamik, iaitu Kelantan.

Video yang sedang tular di media sosial itu turut mendapat respon oleh pengarah terkenal serta penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima menerusi hantaran di media sosial yang turut memberikan komen mereka terhadap konsert yang berlangsung di negeri berkenaan.

“Coldplay Pun Kafir Juga, Kenapa Mereka Bantah..”

Baby Shima menerusi Insta stories, turut membidas komen salah seorang netizen yang menyifatkan konsert yang berlangsung di Kelantan adalah merupakan acara yang diadakan di kalangan mereka yang beragama Buddha.

“Mu tak tau ke. Kelantan ramai orang Siam. Siam takpelah kafir.”-komen netizen

“Coldplay pun kafir juga, kenapa mereka bantah juga. Oh nak layan seksi rupanya.”-bidas Baby Shima

Tambahnya lagi, penyanyi dangdut ini turut mempersoalkan pihak terlibat yang ‘pilih isu’ dan masih ‘membisu’ disebabkan video konsert yang tular itu.

“Pilih-pilih isu rupanya. Eh diam pula semua tak berbunyi. Tak ada surat terbuka, surat bantahan.

Bestnya kat Kelantan dah ada konsert seksi-seksi. Layanlah.”-tulis Baby Shima lagi

Mohon Pihak Terlibat Henti Berbalah

Dalam pada itu, pengarah terkenal, Michael Ang turut memohon agar kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk henti berbalah mengenai isu konsert kumpulan antarabangsa, Colplay serta konsert yang berlangsung di Bachok, Kelantan, baru- baru ini.

“Buka TikTok penuh pasal concert kat Bachok dan Coldplay. Oh government dan pembangkah dah-dah la. Kau orang tak ada benda nak gaduh ke, benda ni jadi isu. Banyak lagi masalah lain perlu selesai.

Solution dia senang aje, sila haramkan kita yang Islam tak boleh pergi mana-mana konsert macam ni. Dan konsert boleh diadakan asalkan ikut syarat Malaysia untuk kaum lain.”-tulis Michael Ang

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
https://lomp.at/8kl06
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem