Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Selain Cha Eun Woo, Ini Adalah 3 Selebriti Korea Yang Akan Datang Ke Malaysia Pada Tahun 2024!

by Amirul Fikry
December 4, 2023
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat Kpop kini bukan sahaja hanya bertapak di Korea Selatan namun ianya telah mendunia. Tidak kira negara mana pasti akan mempunyai individu yang meminati idol kpop atau bintang kdrama sama ada dari segi rupa, nyanyian, lakonan atau karakter idol tersebut.

Peluang yang jarang berlaku adalah apabila Selebriti Korea menjadikan sesebuah negara sebagai pilihannya untuk melakukan konsert jelajah ataupun perjumpaan dengan peminat bagi menghargai sokongan yang telah mereka berikan serta sekaligus untuk lebih dikenali ramai.

Pada tahun 2023, ramai selebriti Korea yang telah menjadikan Malaysia salah satu tempat untuk mereka kunjungi. Antaranya ialah kumpulan idol wanita Mamamoo, Blackpink, Kim Sen Ho, Bambam, Kim Sejeong, Lee Seung Gi, Lee Jun Ho dan ramai lagi.

Kali ini, Murai My ingin memberitahu 4 selebriti Korea yang bakal datang ke Malaysia pada tahun 2024.

1. CHA EUN WOO (ASTRO)

VIA PINTEREST

Cha Eun Woo merupakan penyanyi dan pelakon yang sangat dikenali ramai. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan idol kpop lelaki iaitu ASTRO serta dibawah naugan agensi Fantagio. Jejaka yang dilahirkan pada 30 Mac 1997 itu mempunyai ketinggian 1.83 meter membuatkan fizikalnya kelihatan lebih menarik. Telah banyak berlakon di dalam drama-drama yang popular seperti True Beauty dan lain-lain.

Cha Eun Woo bakal berkunjung ke Malaysia pada 9 Januari 2024 anjuran Skechers di TRX.

2. MARK TUAN (GOT7)

VIA PINTEREST

Mark Tuan dikenali dengan bakat rap nya yang sangat hebat dalam kumpulan idol kpop lelaki iaitu GOT7. Kebanyakkan lagu-lagu mereka yang mempunyai bahagian rap diisikan dengan suaranya. Mark Tuan dikenali diseluruh dunia kerana bakat dan rupa parasnya yang menawan sehingga pengikut di laman media sosial instagramnya kini mencecah sebanyak 14 juta serta 3 juta pengikut di laman media sosial youtube.

Konsert yang bertemakan ‘The Other Side’ Asia Tour 2024, bakal berlangsung di Zepp KL pada 6 Januari 2024 yang menjanjikan konsert malam yang penuh karisma, mempersonakan serta mengujakan buat peminat-peminat yang hadir.

3. IVE

VIA PINTEREST

IVE adalah kumpulan idol kpop wanita yang berasal dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan, iaitu Yujin, Gaeul, Rei, Wonyoung, Liz dan Leeseo.

Kumpulan IVE ini membuat debut pada 1 December 2021 dengan album single pertama mereka yang berjudul ELEVAN. Nama kumpulan IVE ini adalah singkatan daripada maksud ‘I Have’ (Saya Ada). IVE mempunyai kelab peminat dari seluruh negara yang dikenali sebagai DIVE.

Kumpulan IVE mengumumkan bahawa mereka bakal melakukan konsert jelajah dunia buat pertama kali dan salah satu negara kunjungan mereka ialah Malaysia. Bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024, Konsert jelajah IVE bertemakan ‘SHOW WHAT I HAVE‘ yang bakal memberi pengalaman yang mengujakan buat peminat mereka yang menghadiri konsert tersebut.

4. F.T. SLAND

VIA PINTEREST

F.T. Island atau digayakan sebagai FTISLAND merupakan sebuah kugiran yang berasal dari Korea Selatan. FTISLAND bermaksud ‘Fibe Treasure Island’ (Lima Buah Pulau Harta Karun). Memulakan debut mereka pada tahun 2007 did alam sebuah rancangan yang menjadikan lagu-lagu mereka semakin popular dan dikenali ramai. Album debut mereka, Cheerful Sensibility merupakan album ke-6 paling laris pada tahun 2007. Lagu debut mereka, “Mabuk Cinta” (tajuk asal: 사랑앓이) telah berada dalam carta teratas K-Pop selama 8 minggu berturut-turut. Nama rasmi bagi kelab peminat band ini ialah “Primadonna” serta warna rasmi kelab ini ialah “kuning sinaran mentari” dan para peminat membawa bendera kuning rasmi yang dikenali sebagai “pentasticks”.

FTISLAND akan mengadakan konsert mereka di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari 2024.

Apa-apa pun, jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan selebriti Korea yang akan datang ke Malaysia pada tahun 2024 nanti. Apa kata anda?

4 Selebriti Kpopcha eun wooFTISLANDIVEMark Tuan
https://lomp.at/kl8j4
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

by Aphit J.
July 12, 2025

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Lokal

Ummi Nazeera Menari Di TikTok, Lain Pula Yang Netizen ‘Cemburu’?

Pelakon, Ummi Nazeera kembali menghiburkan peminat di media sosial dengan perangai 'random' selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Remy Ishak Melepas Rindu Di Airport, Netizen Terharu!

Perkongsian isteri kepada aktor Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelaki mereka, Tuah Alam...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  3. 3

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  4. 4

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem