Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Walaupun Masih Aktif Menyanyi, Datuk Nash Giat Cari Agama Dengan Menghadiri Majlis Ilmu Agama

by Puteri Alia
December 5, 2023
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Umur dan rezeki ialah rahsia Allah SWT. Namun, ia suatu yang pasti seperti diyakini seluruh manusia sekalipun yang berfahaman ateis.

Tua menjanjikan fasa kehidupan berbeza kerana kekuatan fizikal, nafsu dan produktiviti semakin menyusut.

Justeru, masa tua sewajarnya diisi aktiviti bersifat pengabdian diri kepada Allah SWT sebagai persediaan. Ini kerana kejayaan hakiki mukmin yang berakidah adalah kejayaan di alam akhirat.

Meskipun masih aktif dalam karier nyanyian, namun Datuk Nash meluahkan tetap mengutamakan ibadah yang disifatkan sebagai bekalan akhirat untuk dibawa menghadap Allah SWT suatu hari nanti.

Penyanyi juga vokalis kumpulan Lefthanded ini berkata, dia bersyukur kerana sudah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan haji pada 2017 serta sudah beberapa kali mengerjakan umrah termasuk ketika Ramadan.

“Pada usia ’emas’ begini, saya suka meluangkan masa menghadiri majlis ilmu dan keagamaan sekalipun masih aktif dalam karier seni. Bagi saya, nyanyian diteruskan selagi masih ada rezeki dan atas permintaan peminat.

“Bagaimanapun, pembabitan saya dalam program keagamaan untuk mengumpul bekalan diri di akhirat dan saya bersyukur apabila Allah berikan rezeki sebagai duta untuk program umrah pada Ramadan tahun depan

“Saya gembira mendapat peluang lagi untuk menjalani ibadah puasa di Tanah Suci dan kali ini berada selama 40 hari mulai awal Ramadan sehingga meraikan Aidilfitri di sana.

“Alhamdulillah, saya akui betapa seronoknya mendapat rezeki peluang menjalani puasa Ramadan di Tanah Suci dan ia sesuatu yang berharga dan memang tidak saya lepaskan,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu ini, sesiapa yang pernah mengerjakan umrah ketika Ramadan sudah tentu ada keinginan ke Tanah Suci sebagaimana dirasakannya demi meningkatkan amalan ibadah diri sendiri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nash lefthanded
https://lomp.at/ajnvz
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem