Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Alif Satar Dipuji Netizen-“Bagus Betul Dia Ajak Pengikut Media Sosialnya Untuk Kumpul Saham Akhirat Bersama!

by Amirul Fikry
December 6, 2023
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Alif Satar tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Alif merupakan seorang usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah memenangi pelbagai award di Malaysia.

Anak sulung dari empat beradik itu, memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai pertandingan realiti One in a Million kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan.

Alif Satar juga banyak membintangi drama dan filem tempatan yang membuatkan namanya lebih dikenali ramai. Artis versatil ini senang apabila dihampiri peminatnya kerana sikapnya yag sangat ramah serta tidak sombong.

“Solat Subuh Ramai Macam Solat Jumaat”

Baru-baru ini, tular mengenai Alif Satar yang mengajak pengikut laman media sosial miliknya untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ianya disambut baik apabila Alif Satar tidak menyangka akan ramai yang menghadiri solat subuh yang diadakan di Masjid Saiyidina Omar Ibni Al-Khattab.

Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @szoboszlai_rby yang meraih perhatian ramai apabila dia juga turut serta untuk solat subuh secara berjemaah bersama Alif Satar itu.

Link Video:

Menyahut seruan #gengsubuhmacamjumaat | Alifsatar | TikTok

Rata-rata ramai yang memuji tindakan Alif Satar yang mengajak pengikut media sosialnya untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah itu. Mereka juga mengatakan agar lebih ramai selebriti lain yang bertindak seperti Alif Satar ini.

“Moga lebih ramai lelaki pergi solat subuh seperti solat jumaat, dan mudahan melakukan kerana ikhlas. Kami perlukan ramai artis macam Alif Satar”

“Aku harap ramai influencers kat luar sana yang jadi seperti Alif Satar”

“Terbaik anak muda, vibe macam ni kita bangga. semoga terus istiqamah”-kata mereka

Apa-apa pun, semoga apa yang kita lakukan niatnya hanya kerana Allah S.W.T dan bukannya kerana manusia. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Alif Satar Tegur Keras Perbuatan Buli, Hanya Orang Bodoh Anggap Tindakan Itu 'Cool'

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Alif SatarGeng Subuh Macam JumaatMasjid Saiyidina Omar Ibni Al-Khattab
https://lomp.at/bxn9p
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem