Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ibu Mentua Sharifah Shahirah, Datin Maria Arshad Separuh Sedar Di ICU

by Puteri Alia
December 8, 2023
86
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon popular era 1980-an, Datin Maria Arshad, 65, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta semalam selepas mengalami kekejangan badan.

Menantunya, iaitu penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah atau Shiera berkata, ibu mentuanya berada dalam keadaan separuh sedar.

“Pada mulanya, Mama sakit urat pada bahagian belakang badan, Selasa lalu. Suami, Ijoy Azhari bawa ke hospital. Namun, doktor beritahu tiada penyakit serius.

“Ibu mentua mengadu sakit belakang yang melarat ke tangan hingga jadi lemah dan sukar diangkat.

“Keesokannya, iaitu kelmarin, adik ipar bawa Mama ke hospital sekali lagi. Apabila diambil darah, semuanya okay… Tiada darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang semua baik.

“Jadi, ketika itu, doktor beri ubat tahan sakit dan koyok untuk kurangkan kesakitan,” katanya.

Bagaimanapun, Shiera berkata, keadaan Maria atau nama sebenar, Kamariah Arshad makin teruk malam tadi apabila muntah-muntah hingga kejang otot akibat menahan sakit.

“Selepas dijangkiti COVID-19, kira-kira dua tahun lalu, berat badan Mama turun. Tetapi beliau tiada penyakit selain kurang garam dalam badan.

“Malam tadi, sebelum muntah dan kejang, Mama gelisah dan serba tidak kena. Sekejap duduk, berdiri serta berjalan ke depan dan belakang.

“Mama beritahu dia sangat sakit. Tidak tahu apa yang hendak dibuat, kami buat bacaan Yasin untuk Mama. Tidak lama selepas itu, beliau alami kekejangan dan saya terus minta anak hubungi ambulans,” katanya.

Shiera berkata, sehingga hari ini doktor masih belum menemui punca penyakit Maria yang pernah membintangi filem Langit Tidak Selalu Cerah itu.

“Sekarang Mama berada dalam keadaan separuh sedar, matanya terbuka tapi dia tidak berikan apa-apa tindak balas.

“Doktor hendak jalankan beberapa ujian lagi. Sementara Mama tidak agresif seperti sebelum dimasukkan ke ICU, kami minta doktor lakukan apa yang terbaik.

“Saya mohon kepada semua supaya tolonglah doakan Mama kembali pulih,” katanya.

[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Menyakat Anaknya Curi Perhatian Ramai!-"Dah Boleh Kahwin Anak Aku Ni"
sharifah shahirahShiera Ijoy
https://lomp.at/5rj7n
Share34Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem