Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Semua Hospital Di Utara Gaza Kini Tidak Dapat Beroperasi, 1,000 Orang Cedera Terlantar Atas Lantai Hospital

by Puteri Alia
December 8, 2023
Share on Facebook

Semua hospital di utara Gaza kini tidak beroperasi namun usaha sedang dijalankan untuk membolehkan mana-mana hospital di kawasan yang musnah akibat serangan Israel beroperasi semula.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, jurucakap Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza, Ashraf al-Qudra, berkata pasukan perubatan menghadapi kesukaran bekerja di Hospital Al-Shifa, kompleks perubatan terbesar di Gaza.

“Walaupun menghadapi kesukaran, kami akan meneruskan percubaan untuk menjalankan operasi di mana-mana hospital di Gaza,”

Memetik sumber berita online, Hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Gaza juga sesak dengan kira-kira 1,000 orang cedera malah pesakit dan orang yang cedera terbaring di lantai hospital.

Seorang pegawai kementerian di Pejabat Media Kerajaan yang berpangkalan di Gaza, Maher Shamiyya, berkata Al-Shifa tidak mempunyai bekalan elektrik dan penuh dengan orang yang berpindah.

Menurut pihak berkuasa Gaza dan organisasi kesihatan antarabangsa, bantuan dan bekalan perubatan memasuki Gaza juga hanyalah dalam kuantiti yang sangat terhad.

Ia juga berdepan kekurangan bahan api, yang dihalang masuk oleh Israel sejak 7 Oktober, sekali gus menjadi halangan utama untuk menjalankan operasi hospital.

Israel terus meneruskan melakukan serangan ketenteraannya di Gaza sejak 1 Disember lalu selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan Hamas.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 43,616 lagi cedera dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti ke atas wilayah itu sejak 7 Oktober lalu.

Angka rasmi kematian di pihak Israel dalam serangan Hamas berjumlah 1,200 orang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara