Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

PU Syed Tegur Selebriti Pakai Baju Motif ‘Bikini’?-“Jangan Campur Aduk Halal, Haram…”

by Naddy Joe
December 12, 2023
Share on Facebook

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Ahmad Bakri Syed Ishak tampil memberikan tegruan terhadap tiga selebriti yang dilihat sedang menari dengan memakai pakaian yang bermotifkan pakaian dalam di media sosial.

Mendorong Fitnah Kepada Si Pemakai

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed menegaskan bahawa biarpun pakaian yang dipakai oleh tiga selebriti berkenaan bukanlah pakaian dalam yang sebenar, ia telah membawa kepada fitnah si pemakai lebih-lebih lagi telah dipertontonkan kepada masyarakat.

“Bila dua tiga orang pelakon wanita senior memakai baju yang bermotifkan pakaian dalam/ bikini sambil berjoget, ini satu contoh yang tak betul kepada peminat-peminat mereka.

Walaupun bukan memakai pakaian dalam yang sebenar, tetap dengan memakai baju yang bergambar pakaian dalam tersebut ianya telah membawa kepada fitnah yang memakainya, apatah lagi jika pemakaiannya itu dipertontonkan kepada masyarakat walaupun sekadar konten.”-tegas PU Syed

“Jangan Campur Adukkan Yang Halal, Haram & Syubhah…”

Akui pemakaian berkenaan adalah lebik baik hanya untuk tontonan suami, PU Syed turut memberi peringatan buat para penggiat seni untuk tidak mencampur aduk perkara yang halal, haram, dan syubhah dalam kehidupan.

“Boleh sahaja kalian nak pakai baju yang bergambar sebegitu atau memang nak pakai pakaian sebenar, tetapi hanya untuk suami kalian, bahkan untuk suami kalian, tak pakai apa pun dah halal bagi mereka.!

Ingatan saya buat semua penggiat seni dalam tanah air ini, jangan campur adukkan yang halal, haram dan syubhah dalam kehidupan kita. Apatah lagi kalian boleh menjadi daya penarik terhadap peminat-peminat kalian. Dan saya risau ianya akan menjadi contoh dan ikutan yang tidak baik.”-tegur PU Syed lagi

Siapakah selebriti yang dimaksudkan oleh PU Syed? Apa komen anda?

PU Syed Tegur Penampilan Seksi DOLLA Di Latihan Pestapora 2025- -"Mereka Sudah Menunjukkan Contoh Yang Buruk..."
PU Syed
https://lomp.at/1mti6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara