Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Jom Main LEGO Dengan Anak-anak Sambil Beramal Di LEGO Play, Sunway Pyramid

by Phic ARMAN
December 12, 2023
Share on Facebook

Sempena musim cuti ini, The LEGO Group bakal menyambut musim perayaan dengan menggalakkan pemberian hadiah menerusi LEGO Play. Anda sekeluarga boleh menikmati pengalaman hadiah kuasa luar biasa menerusi LEGO Play di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur dari 7 hingga 17 Disember.

Di samping itu, The LEGO Group juga akan melancarkan inisiatif Bina untuk Derma (Build to Give atau BTG) yang pertama di Malaysia, dan akan bekerjasama dengan badan-badan amal untuk menyebarkan kuasa luar biasa bermain bagi menyokong kanak-kanak yang memerlukan permainan dengan membina bentuk hati menggunakan bata permainan LEGO dan berkongsi kemeriahan di acara tersebut.

Untuk setiap bentuk hati LEGO yang dibina, The LEGO Group akan menyumbang satu set LEGO kepada seorang kanak-kanak yang menghuni di rumah-rumah amal yang terpilih.

Alami kuasa luar biasa aktiviti bermain di The LEGO Santa’s Superpower Christmas Cove

Dengan kerjasama Sunway Malls, pusat beli-belah tersebut telah diubah menjadi medan kuasa luar biasa sempena sambutan Krismas dengan pelbagai peluang dan aktiviti untuk kanak-kanak meneroka bermacam-macam kuasa luar biasa.

Untuk memulakan pengembaraan, setiap peserta akan diberikan kad misi untuk melengkapkan siri aktiviti di setiap stesen yang disediakan. Seisi keluarga boleh turut serta dalam cabaran bertema dan menebus Figura Mini Santa eksklusif, selagi stok masih ada.

Dengan pelbagai aktiviti yang menarik, peserta boleh menguji pelbagai kuasa besar dan menghayati bagaimana LEGO Play boleh mengasah segala kemahiran yang diuji, seperti koordinasi, tumpuan dan perhatian kepada butiran kecil.

Untuk menikmati kemeriahan sambutan Krismas, para pengunjung boleh menyaksikan kemunculan khas dan mengambil gambar dengan maskot LEGO Santa pada waktu yang ditetapkan pada hujung minggu ini.

Berikan hadiah kuasa luar biasa dengan set-set LEGO ini

Untuk pengalaman memberi hadiah Krismas yang menarik, The LEGO Group telah menghimpunkan 10 set LEGO utamanya berasaskan tema seperti LEGO City, LEGO Disney dan LEGO Friends untuk membantu kanak-kanak meneroka kuasa luar biasa aktiviti bermain pada Krismas ini.

Di samping itu, anda juga boleh membeli hadiah-hadiah Krismas di Sunway Malls pada tarikh acara untuk menerima Cenderahati Krismas 4-dalam-1 eksklusif dengan pembelian minimum RM249, selagi stok masih ada.

Kongsi hadiah yang menyerlahkan kuasa luar biasa dengan orang-orang tersayang pada musim Krismas ini menerusi LEGO Play! Layari laman LEGO Malaysia untuk maklumat lanjut, dan menikmatilah tawaran dan promosi terbaharu. Beli set LEGO di semua Gedung Sah LEGO.

Lego
https://lomp.at/u9lwc
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem