Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

[VIDEO] Ada Yang Rugi Sampai RM100k, Ini Kisah Suka Duka Peniaga Shopee Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
December 15, 2023
92
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam di Shopee Super Awards 2023 menyaksikan pelancaran Dokumentari “Shopee Rai Lokal”. Berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, dokumentari ini menceritakan kisah suka dan duka  tiga penjual tempatan dalam mencipta kejayaan di e-dagang.

Menurut Ketua Pemasaran, Kenneth Soh, dokumentari ini bertujuan untuk membawa kesedaran kepada pengguna tempatan di belakang setiap kedai dalam talian.

“Filem ini merupakan warkah cinta buat usahawan tempatan. Kami mahu membawakan kesedaran kepada pengguna tempatan bahawa di belakang setiap kedai dalam talian. Terdapat ramai tanggungan dan komuniti yang disokong oleh penjual, dan dokumentari ini merupakan bukti kecerdasan, daya tahan, dan nilai murni mereka.”

“Shopee Rai Lokal” memilih 3 penjual tempatan untuk ditemubual seperti Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita.

Perkongsian kisah mereka bertiga sangat memberi inspirasi kepada semua.  Bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dengan sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.

Mohd Zaid dari Lampu Cherita

“Ianya merupakan kuasa penceritaan. Saya mengambil masa beberapa tahun berfikir tentang kenapa perniagaan yang saya mulakan gagal sambil saya bekerja di Astro sebelum menemui ceruk perniagaan dalam talian dengan lilin.

Saya telah mengalami banjir yang merosakkan inventori saya dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk bangun kembali. Saya faham erti menggunakan strim langsung dan penceritaan dalam talian untuk menempuhi masa sukar.

Ianya merupakan impian saya di mana setiap rumah di Malaysia dipenuhi dengan bauan wangian lilin Lampu Cherita,” kata Mohd Zaid, pengasas Lampu Cherita.

Edward Wong dari HomeDecoStore

“Perjalanan setiap orang adalah sama penting dengan destinasi matlamat masing-masing. Kita perlu menikmati perjalanan itu dan membuat penyesuaian terhadap apa jua yang bakal tiba.

Sokongan dan pengiktirafan yang kami terima dari Shopee amat bermakna dalam kami menerima pesanan pukul dalam 200 ke 300 helai, dan anggaran 1,000 helai dalam seminggu. Kejayaan ini merupakan bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami,” Edward Wong, pengasas HomeDecoStore.”

Felicia Tan dari Mamami Shoppe

“Dalam kehidupan masyarakat sekarang, sukar untuk kita mendengar cerita tentang tiga penjual tempatan, bukan? Saya rasa bertuah kerana pasukan Shopee yang penuh empati mendekati kami dan memperceritakan kisah perjalanan kami dalam perubahan perniagaan dari tradisional ke digital…

Kami tidak menyediakan apa-apa, cuma bercerita kepada mereka dan mereka menemui keistimewaan kami,” kata Felicia Tan, pengasas dan pemilik Mamami Shoppe.

Saksikan video di bawah;

Zoey Terkedu Sepupu Maut Bas UPSI-"Mahu Sambung Belajar Luar Negara, Rupanya Ke Negeri Abadi"
YouTube video

Dokumentari ini yang julung-julung kali dilancarkan Shopee di Malaysia, diterbitkan dengan kolaborasi bersama Khairil M. Bahar. Pengarah filem indie yang terkenal dengan filem Ciplak (2006), Relationship Status (2012), Cuak (2014) dan Kickflip (2020). Filem Khairil telah dipersembahkan di pelbagai festival filem, televisyen, dan rangkaian penstriman.

Dari Kiri: Edward Wong -HomeDecoStore, Mohd Zaid -Lampu Cherita, adan Eugene Lo dari Mamami Shoppe

Sementara itu, Shopee Super Awards 2023  turut dihadiri barisan selebriti terkenal termasuklah  Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa, Dolla, Zoey Rahman, Dato’ Jovian,  dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Shopee Rai Lokal merupakan sebuah siri kisah asli yang diceritakan dalam pelbagai saluran untuk meraikan penjual tempatan dan meningkatkan kesedaran untuk membeli lokal. Ianya merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran yang lebih meluas dan menggunakan teknologi untuk membantu membina komuniti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
dato siti nurhalizaDato' JovianDollaEdward WongKenneth SohMohd Zaidneelofapengasas HomeDecoStorepengasas Lampu Cherita.shopeeShopee Super Awards 2023zoey rahman
https://lomp.at/uncvp
Share37Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem