Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

[VIDEO] Kenali 5 Jenis Strawberry Premium Korea Yang Bakal Di Bawa Masuk Ke Malaysia

Setiap satu daripada lima jenis strawberi premium yang diperkenalkan mempunyai kualiti tersendiri yang membezakannya daripada tawaran standard lain di pasaran

by Phic ARMAN
December 19, 2023
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Lima jenis strawberi premium Korea ke pasaran Malaysia iaitu Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry, dan Snowberry telah diperkenalkan di Malaysia.

Pengumuman bersejarah ini menandakan kemunculan rasmi strawberi yang hebat ini di Malaysia. Setiap satu daripada lima jenis strawberi premium yang diperkenalkan mempunyai kualiti tersendiri yang membezakannya daripada tawaran standard lain di pasaran:

Kuemsil: Dikenali sebagai “apple of the eye”, baka strawberi Kuemsil menawarkani rasa manis yang tersendiri, diperkaya dengan bayangan rasa buah pic . Baka ini mempunyai gabungan sempurna rasa manis semula jadi.

Kuemsil

Sulhyang: Keunikan Sulhyang terletak pada buahnya yang berjus, pulpa lembut dan bentuk kon berwarna merah terang yang menyerlah.

Sulhyang

King’s berry: King’s berry mempunyai saiz yang dua kali lebih besar daripada strawberi biasa untuk kepuasan yang lebih tinggi.

King’s berry

Vitaberry: Baka ini mempunyai kandungan vitamin C yang 30% lebih tinggi berbanding dengan strawberi biasa. Bukan sahaja lazat dimakan, Vitaberry juga berkhasiat, menjadikannya satu pilihan tepat untuk kesihatan dan juga dinikmati.

Vitaberry

Snowberry: Strawberi ini sehalus salji! Dibezakan dengan luaran berwarna merah jambu dan tekstur isi putih yang lembut, Snowberry mendapat namanya daripada ciri-cirinya yang menyerupai salji.

Snowberry

Diperkenalkan oleh Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea, bersama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, kemunculan sulung strawberi premium Korea di Malaysia hari ini menandakan detik transformatif bagi industri tempatan dan langkah kemajuan yang bermakna dalam dinamik perdagangan di antara kedua-dua negara.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Lebih bermakna lagi, pengguna kini boleh mencuba dan menghargai profil rasa yang lebih luas dan ciri-ciri tersendiri dalam strawberi premium ini. Oleh itu, pencapaian ini bukan sahaja melonjakkan permintaan untuk produk yang berkualiti tinggi tetapi juga membuka ruang untuk kerjasama perdagangan yang saling menguntungkan di antara Korea Selatan dan Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
King’s berryKuemsilSulhyangVitaberry
https://lomp.at/er6b7
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem