Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

TikTok Shop dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Bekerjasama Berbakti Kepada Masyarakat

by Aphit J.
December 23, 2023
Share on Facebook

TikTok Shop dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)untuk menyalurkan hasil daripada TikTok Shop 11.11 LIVE Showdown kepada 30 usahawan mikro di bawah bimbingan YWP.

Kerjasama Bersama Yayasan Wilayah Persekutuan

Ditubuhkan pada 1986 dan dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YWP diasaskan bagi menyokong dan menaik taraf kehidupan masyarakat berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Program ini bertujuan menjadi batu loncatan untuk usahawan mikro dan menyediakan modal awal yang diperlukan, sokongan agensi kerajaan dan insentif pembangunan yang akan memulakan dan membangunkan perniagaan mereka di TikTok Shop.

Turut Menyediakan Inisiatif

via Tiktok Shop

TikTok Shop juga bekerjasama dengan Unifi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menyediakan insentif kepada penjual dan pelan rangsangan yang akan membantu usahawan mikro meningkatkan dan memastikan perniagaan mereka mampan.

Kerjasama bersama dengan TikTok Shop adalah bukti perkongsian strategik di dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi.

Menurut penjual dan pencipta kandungan di Tiktok Shop, BudokKelate menyatakan terima kasih atas sokongan tidak berbelah-bahagi dari TikTok Shop.

Penyumbang Perubahan Besar

Baginya platform ini telah menjadi penyumbang perubahan besar, memberi persekitaran yang membantu perkembanannya.

Alat-alat dan peluang yang disediakan di platform ini bertindak sebagai pemangkin kemajuan.

Program ini meneguhkan komitmen TikTok Shop dalam menyokong usahawan mikro tempatan.

Malah Tiktok Shop bersedia untuk memperkasa perniagaan tempatan di dalam alam digital dan mengalu-alukan untuk meneruskan usaha dan inisiatif bagi menambah baik taraf hidup masyarakat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Tiktok Shop
https://lomp.at/d47cs
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem