Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dirancang Sejak Tahun Lalu, Syafie Naswip Sah Bergelar Suami Kepada Model Dan Pelakon

by Aphit J.
December 23, 2023
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Syafie Naswip bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga model dan pelakon, Nur Afiqah Ishak di Dewan Wilqadry, Putrajaya kira-kira jam 11.04 pagi tadi.

Disiarkan Secara Langsung Di Instagram

via Instagram Syafie Naswib

Majlis akad nikah itu disiarkan secara langsung menerusi akaun Instagram (IG) milik Syafie dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan terdekat.

Menurut Awani, dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Syafie menyerahkan mas kahwin RM300 dan sah bergelar suami kepada Nur Afiqah dengan sekali lafaz.

Selepas selesai majlis akad nikah, Syafie dilihat sebak sehingga menitiskan air mata ketika membaca lafaz taklik, iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak.

Pada majlis itu, Syafie dan Nur Afiqah mengenakan busana pengantin rona putih.

Dirancang Setahun Yang Lalu

via Instagram Syafie Naswib

Melihat kepada ruangan komen dalam sesi siaran langsung di IG Syafie yang ditonton lebih 1,500 pengikut, ramai yang turut meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah atas pernikahan mereka.

Sekadar makluman, semalam Syafie berkongsi di IG miliknya yang dia akan membuat satu pengumuman khas pagi ini.

Sementara itu, menerusi perkongsian individu dikenali Pawi yang mengendalikan siaran langsung di IG Syafie, dia memaklumkan, perkenalan mereka bermula ketika menjalani penggambaran bersama, beberapa tahun lalu.

Malah, Pawi berkata, majlis pernikahan yang diadakan hari ini sudah dirancang sejak tahun lalu.

Inspirasi Kisah Pengasas Silat, Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam
syafie naswip
https://lomp.at/afutf
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem