Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sanggup Ikhtiar Untuk Mendapat Anak Lelaki, Kali Ini Fasha Sandha Mahu Jalani Rawatan IVF

by Puteri Alia
December 26, 2023
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa penyelidik telah membangunkan teknik baharu yang membolehkan pasangan memilih jantina anak mereka semasa rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Malah, kajian yang dibangunkan di Amerika Syarikat (AS) meningkatkan kemungkinan 80 peratus untuk hamil bayi lelaki atau perempuan melalui pemilihan sperma.

Ini kerana menimang cahaya mata pasti merupakan impian bagi setiap pasangan suami isteri agar menjadi penyeri kehidupan berumah tangga.

Malah, terdapat pasangan yang memiliki kecenderungan dalam memilih jantina bayi atas pertimbangan beberapa faktor seperti budaya, agama dan kesihatan. Perkara ini sebenarnya tidak mustahil untuk direalisasikan kerana seiring pembangunan teknologi yang begitu pesat.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon popular, Fasha Sandha berhasrat menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan sebagai ikhtiar dan usahanya untuk mendapatkan anak lelaki.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia dan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz memang mahu menambah seorang lagi anak dan berharap dikurniakan bayi lelaki kerana sudah memiliki anak perempuan, Aisha Amaira, 4.

“Kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan kalau ada rezeki, insya-Allah.

“Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat,” katanya.

Aidil pula berkata, isterinya memang perlu memperlahankan aktiviti karier seni jika mahu melakukan rawatan IVF itu.

“Betullah, kalau misal kata nak ‘plan’ (rancang) buat IVF itu, dia (Fasha) kena kurangkanlah kerja terutama, ‘shooting’ (penggambaran). Sema sedia maklum ‘shooting’ memang setiap hari dan makan pun kena jaga.

“Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktiviti,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] "Jangan Jadikan Broken Marriage Sebagai Sebab Untuk..."-Fasha Sandha
fasha sandha
https://lomp.at/vx8b1
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem