Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Fazley Yaakob Titip Ucapan Takziah Buat Wartawan Hiburan Fiza-“Baru Janji Bahawa…”

by Naddy Joe
December 29, 2023
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Industri media dikejutkan dengan berita pemergian wartawan hiburan Fiza Kamarudin yang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 11.30 malam waktu Malaysia di Hospital Charing Cross, London pada Khamis disebabkan pendarahan dalam otak.

“Berehatlah Sahabatku…”

Khabar duka tersebut turut dikongsikan oleh pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi hantaran di Instagram, yang terkesan dengan pemergian mengejut sahabatnya itu.

Kongsi Fazley, dirinya dan Allahyarhamah sempat berbicara panjang mengenai penyakit yang dihidapi serta keberkesanan rawatan yang bakal dilalui. Difahamkan, Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada Julai 2018.

“Saya terkesan benar apabila menerima perkabaran duka sahabat saya telah pergi secara mengejut ketika di hujung percutiannya bersama keluarga tercinta. Kami baru berbicara panjang tentang keadaan beliau. Baru juga berjanji bahawa saya akan masakkan Pasta Daging Salai buat beliau minggu depan sepatutnya.

Ketika arwah baru mendapat berita tentang penyakitnya. Hampir setiap hari kami berhubung, malahan saya beliau minta untuk diyakinkan keberkesanan rawatan yang bakal dilalui.

Moga tenang Fiza disana, berehatlah sahabatku. Terima kasih diatas setiap butiran kata2 indah di dalam penulisanmu buatku selama ini ? Takziah buat keluarga arwah.  “-kongsi Fazley Yaakob di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Dibanjiri Ucapan Takziah

Perkongsian Fazley dibanjiri dengan komen netizen yang tampil memberikan ucapan takziah buat Allahyarhamah Siti Norhafiza Kamarudin.

“Dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali. AlFatihah. Salam takziah untuk keluarga.”

“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.”

“AlFatihah, moga rohnya dicucuri rahmat, sebaya umur saya.”

Kami di Murai MY mahu menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarmah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fazley yaakob
https://lomp.at/z8naz
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem