Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dugaan Kemalangan Selepas Mengerjakan Solat Jumaat, Alif Satar Menaiki Skuter Dan Dilanggar Kereta

by Puteri Alia
December 29, 2023
59
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada sesiapa yang mahu diri ditimpa musibah. Namun, ujian adalah lumrah dalam kehidupan.

Ia mungkin hadir dalam pelbagai bentuk seperti kehilangan harta benda, kematian, kecelakaan, kemalangan, kemusnahan, kesakitan dan kesengsaraan yang mendatangkan perasaan tidak senang dalam jiwa.

Bagaimanapun, barang siapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah SWT, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Berbahas soal ini, baru-baru ini selebriti serba boleh, Alif Satar berdepan saat cemas apabila terlibat salam satu kemalangan jalan raya.

Ketika kejadian, Alif dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengerjakan solat Jumaat, petang tadi.

Memetik laporan Kosmo, keadaan penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak membimbangkan, namun perlu ditahan di wad di salah sebuah hospital swasta untuk pemantauan lanjut.

“Alif terlibat kemalangan petang tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat Jumaat. Dia naik skuter dan dilanggar sebuah kereta.

“Akibat kemalangan tersebut, Alif mengalami luka-luka dan telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam yang menghubungi ambulans,” ujarnya.

Kata Dina lagi, kemalangan tersebut telah berlaku berhampiran Istana Negara ketika pelantun Lelaki Seperti Aku itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Hartamas.

Hanya mengalami luka-luka, Alif bagaimanapun terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut dikhuatiri ada kecederaan dalaman.

“Saya pun tidak pasti berapa lama Alif akan ditahan di hospital. Sama-samalah kita doakan supaya dia tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Terdahulu, pensohor media sosial yang juga usahawan, Wak Doyok berkongsi beberapa keping gambar dalam akaun X miliknya, menunjukkan Alif, 33, terbaring di atas jalan dan diusung menaiki sebuah ambulans selepas terbabit dalam kemalangan.

“Marilah kita doakan sahabat saya, Alif Satar. Sebentar tadi dia kecelakaan motosikal di depan saya. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja,” tulisnya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
[VIDEO] Gelagat Isteri Alif Satar Tunjuk Wajah Suaminya Menghiasi Banyak Billboard, Memikat Tumpuan Warganet!
Alif Satar
https://lomp.at/tvezp
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem