Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Hisyam Rahim Hadir Dengan Single Pertama “Hal Kita”

by Aphit J.
January 7, 2024
11
KONGSIAN
Share on Facebook

 “HAL KITA” single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada “Malay Minor Ballad” dimana melodi sememangnya untuk halwa telinga pendengar muzik tempatan.

Muhammad Hisyam Bin Abdul Rahim atau boleh dikenali sebagai HISYAM RAHIM merupakan anak kelahiran Kemaman, Terengganu.

Hisyam juga merupakan seorang pelajar yang sedang menjalani pengajian peringkat diploma dalam bidang seni persembahan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok.

Berbakat Sejak Bangku Sekolah Lagi

via Instagram Hisyam Rahim

Karier seni Hisyam bermula sejak dibangku sekolah lagi yang mana Hisyam sangat aktif dalam pertandingan nyanyian, pidato, tilawah Al-Quran serta persembahan pentas lain.

Beberapa pencapaian peribadi Hisyam dalam bidang nyanyian sangat menarik untuk dikongsi antaranya ialah :

-Juara Pertandingan Lagu Melayu Asli UMK (2021)

-Juara Pertandingan Megastarz 3.0 UMK (2022)

-Juara Pertandingan Lagu Patriotik Merdeka JKKN Kelantan (2023)

-Juara Pertandingan Lagu Patriotik JKKN Terengganu (2023)

-Juara Pertandingan Lagu Retro & Klasik Peringkat Negeri Kelantan (2023)

Baru – baru ini Hisyam Rahim telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang Klasik 2023 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ini adalah pencapaian terbesar beliau sepanjang bergelar penggiat seni dan melalui program ini beliau juga dikenali dengan nama ‘Sitara Hisyam’.

Mencuba Forte Yang Bukan Dari Kebiasaan

via Instagram Hisyam Rahim

Walaupun ‘Forte’ Hisyam lebih kepada lagu-lagu klasik akan tetapi beliau juga meminati serta boleh menyanyikan lagu berunsur ‘pop ballad’ dengan baik.

Sebagai seorang pelajar diploma seni persembahan beliau mestilah mempunyai ‘Vocabulary’ muzik yang meluas.

Lagu yang ditulis oleh ‘Sternistic Mike’ dan ‘Mimpi’, serta liriknya oleh ‘Mimpi’ diterbitkan bersama label muzik MAPMUSIC dan pengurusan oleh Shoreline Resources.

Hisyam berharap “Hal Kita” mendapat tempat yang baik dihati pendengar.

“Hal Kita” boleh ditonton dan didengari di Youtube serta platform-platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, Itunes, dan lain-lain bermula 22 Disember 2023.

Hisyam Rahim
https://lomp.at/3cpor
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem