Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

35 Tips Dr. Fadzilah Kamsah Untuk Kamu Baiki Diri, Jadi Versi Yang Lebih Baik Di Tahun 2024!

by Soph Azz
January 15, 2024
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Bagi sesetengah orang, mungkin konteks “mahu jadi lebih baik” atau “mahu memperbaiki diri” merupakan satu azam yang cliche apabila memasuki tahun baru.

Tetapi bagi Miss Murai, tak salah jika kita tanam azam dalam diri untuk berubah menjadi versi yang lebih baik pada tahun baru kan?

Seperti yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal ini ada kongsikan 35 tips untuk mereka yang berazam untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik pada tahun 2024.

“35 Cara Untuk Perbaiki Diri Serta-Merta”- Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 

Antara tip-tip yang dikongsi oleh beliau adalah:

Foto – pts.com
  1. Solat di awal waktu bagi orang Islam.
  2. Solat taubat setiap hari (sebaik-baiknya dilakukan selepas solat fardu).
  3. Set matlamat hidup
  4. Baca buku sebanyak 10 muka surat, setiap hari.
  5. Jangan menghukum orang.
  6. Makan makanan yang berkhasiat.
  7. Cintai diri sendiri.
  8. Bangun 2 jam lebih awal daripada kebiasaan
  9. Menulis jurnal harian setiap hari
  10. Tinggalkan tabiat buruk
  11. Sentiasa menanyakan maklum balas orang.
  12. Belajar skil baru setiap hari.
  13. Percaya dengan diri sendiri.
  14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
  15. Rancang strategi baharu.
  16. Sentiasa melihat daripada perspektif yang berbeza.
  17. Belajar untuk melabur.
  18. Jangan membuat alasan.
  19. Jangan bertangguh dalam melakukan hal atau perkara.
  20. Rekod dan semak kewangan.
  21. Fokus kepada positiviti.
  22. Belajar bahasa baharu.
  23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin, sama ada perlu atau tidak.
  24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
  25. Fokus satu hal dalam satu masa.
  26. Perhatikan kelemahan diri dan cuba baiki dengan lebih baik.
  27. Tinggalkan zon selesa kita.
  28. Tukar ‘circle’ sosial yang negatif kepada yang lebih positif.
  29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
  30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
  31. Buat surat kepada ‘versi masa depan’ kamu.
  32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
  33. Buat senarai matlamat hidup.
  34. Tolong orang walaupun sekecil-kecil perkara.
  35. Berhenti daripada melakukan hal yang sia-sia.

“Jadikan senarai ini checklist kehidupan kita ya mulai hari ini. Setiap perkara yang kecil tetapi besar impaknya pada kehidupan dan dunia kamu kelak. Yakinlah!”

Apa yang Miss Murai boleh pesan, jangan putus asa dan sentiasalah kuat dalam menghadapi cabaran kerana ia adalah pengalaman yang mendewasakan kita. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dr. fadzilah kamsahFadzilah Kamsahtips dr. fadzilah kamsah
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara