Mungkin anda sedang mencari cara untuk membayar yuran sekolah anak-anak ataupun mendapatkan dana untuk memulakan perniagaan? Atau adakah anda sedang mengalami masalah kesempitan kewangan dan mencari Pembiayaan Peribadi yang mematuhi prinsip syariah?
Prihatin terhadap masalah kewangan yang dihadapi oleh segelintir warga Malaysia, AEON Credit telah melancarkan kempen ‘Personal Financing Digital Onboarding’ terbarunya di laman web AEON Credit.
Kempen ini menawarkan pengalaman ‘onboarding’ yang sepenuhnya digital untuk rakyat Malaysia yang ingin membuat Pembiayaan Peribadi. Pengalaman ini adalah sepenuhnya digital, menghapuskan keperluan untuk melawat cawangan fizikal atau Terminal Layan Diri.
Semua pelanggan sedia ada dan baru boleh memohon ‘Personal Financing Digital Onboarding’ sepanjang kempen ini untuk Pembiayaan Peribadi dengan mudah dan pantas.
Berikut adalah 5 Kelebihan Dan Manfaat dari ‘Personal Financing Digital Onboarding’ AEON Kredit.
- Permohonan Yang Mudah. Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang berkaitan. Proses digital berlaku dari permohonan sehingga penerimaan dan pengeluaran dengan tandatangan elektronik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh itu, tidak perlu melawati kaunter lagi!
- Kelulusan Yang Pantas. Anda juga boleh mendapatkan wang tunai anda pada hari Ahad*.
- Kadar Yang Menarik. Serendah 0.66% sebulan.
- Proses Tanpa Kerumitan. Tiada penjamin, tiada cagaran dan tiada deposit keselamatan.
- Berdasarkan Konsep Syariah Tawarruq. Apabila kemudahan diluluskan, AEON Credit akan bertindak sebagai ejen tungal dan eksklusif pelanggan dalam jual beli komoditi Murabahah berasaskan Syariah prinsip Tawarruq.
*Tertakluk pada pemilihan pengeluaran melalui Kad Visa AEON Member Plus sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Personal Financing Digital Onboarding’, layari www.aeoncredit.com.my dan ikuti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube rasmi di @aeoncreditmy untuk informasi terkini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.