Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

UNIQLO Outlet Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka Di The Exchange TRX!

by Naddy Joe
January 19, 2024
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini meraikan pembukaan rasmi kedai baharunya di The Exchange TRX di Kuala Lumpur. Cawangan UNIQLO yang baru dibuka ini berdiri dengan teguh sebagai outlet yang terbesar di Malaysia, menawarkan rangkaian produk serta perkhidmatan UNIQLO yang terbaik buat pelanggan tempatan serta pelancong.

Merentasi keluasan 38, 719 kaki persegi, UNIQLO The Exchange TRX meningkatkan pengalaman membeli belah untuk pelanggan tempatan serta pelancong. Terletak pada lokasi strategik di tengah-tengah bandar berhampiran kemudahan pengangkutan awam yang bertujuan untuk menjadi destinasi membeli belah untuk semua orang.

Pembukaan kedai baharu di The Exchange TRX menunjukkan komitmen UNIQLO untuk menyampaikan LifeWear, menawarkan pakaian yang selesa dan bergaya kepada pelanggannya. Mempunyai tiga tingkat, kedai ini mempamerkan pelbagai jenis pakaian LifeWear berkualiti tinggi dan selesa UNIQLO, termasuk koleksi terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Pelanggan boleh menjangkakan pelbagai pilihan , daripada barangan keperluan harian kepada barangan terkini dan mengikut musim.

Sorotan Menarik di UNIQLO The Exchange TRX Termasuk:

UTme Ekslusif! Kolaborasi Rekaan Bersama Artis Tempatan 

Sempena pembukaan UNIQLO The Exchange TRX, peruncit pakaian global ini bekerjasama dengan artis tempatan, Shan Shan Lim untuk mencipta rekaan UTme!.

Rekaan berkenaan sebagai peringatan untuk berhubung dengan dunia, manakala ilustrasi flora memberikan komitmen berterusan terhadap kemampanan, dan menjemput pelanggan untuk meneroka refleksi mereka.

Topik Berkaitan Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

UNIQLO Coffee

Terletak pada Concourse Level, UNIQLO Coffee ini menawakan pelbagai pilihan minuman dan snek, yang mana kebanyakannya adalah kegemaran rakyat Malaysia.

Menyediakan kemudahan dine-in dan take-away, ia memberikan pengalaman kepada pelanggan untuk menikmati campuran kopi signatur oleh UNIQLO.

RE.UNIQLO Studio

RE.UNIQLO telah dilancarkan pada November 2022, menyumbang ke arah ekonomi  melalui kitar semula dan 3Rs: Repair, Reuse, dan Recycle .

Terletak di Tingkat Satu , Studio RE.UNIQLO menawarkan perkhidmatan pembaikan seperti sulaman dan jahitan Sashiko, membantu pelanggan memanjangkan hayat barangan LifeWear.

UT & UTme!

Tingkat satu gedung UNIQLO The Exchange TRX menampilkan ruang khusus untuk baju-T UNIQLO UT yang menampilkan motif daripada ikon budaya pop yang popular di Malaysia dan di seluruh dunia, termasuk KAWS, DISNEY dan berinspirasikan anime.

UTme ! adalah perkhidmatan membolehkan pelanggan untuk customise baju-T dan tote bags dengan rekaan sendiri atau motif sedia ada, menawarkan sentuhan peribadi kepada fesyen mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO, sila layari www.uniqlo.com/my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Uniqlouniqlo malaysia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara