Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Siti Nurhaliza Perjelas Sebab Sering Nyanyi ‘Bukan Cinta Biasa’?-“BCB Ni Memang…”

by Naddy Joe
January 26, 2024
128
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan Cinta Biasa merupakan single yang pertama dari album penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, E.M.A.S yang dirilis pada tahun 2003.

Biarpun sudah 20 tahun berlalu sejak 2003, lagu ini masih segar di di ingatan ramai rakyat Malaysia.

Siti Nurhaliza turut tampil bersuara selepas terdapat pencipta dari Amerika, Sam Tsui dan Casey Breves menyanyikan semula atau cover lagu miliknya, Bukan Cinta Biasa di media sosial.

Pencipta Konten Amerika Cover Lagu Siti Nurhaliza

Menerusi video yang tular di TikTok, Sam dan Casey melakukan ‘challenge’ di mana mereka akan menyanyikan lagu untuk setiap negara yang dipilih. Memilih Malaysia sebagai negara pilihan untuk ‘challenge’ baharu di TikTok, mereka cuba untuk menyanyikan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian asal Siti Nurhaliza.

“Mewakili Malaysia, ini adalah cubaan kami menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa oleh Siti Nurhaliza.”-kapsyen Tsam Tsui di TikTok

@thesamtsui

Representing #Malaysia it’s our attempt at #bukancintabiasa by #sitinurhaliza – #malaysiatiktok #malaysianmusic #global #singers #lagu #malay #internationalsongs

♬ original sound – Sam Tsui

“Bila Fans Kata Saya Asyik Nyanyi Lagu Yang Sama…”

Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Insta Stories, memberi penjelasan selepas peminat mempersoalkan beliau yang sering menyanyikan Bukan Cinta Biasa di dalam persembahannya.

Jelas Siti, BCB (Bukan Cinta Biasa) merupakan lagu ‘trademark’ jika penonton dari pelbagai bangsa hadir melihat persembahannya.

“Bila fans kata saya asyik nyanyi lagu yang sama ulang-ulang Bukan Cinta Biasa, ini jawapannya. Sebab lagu ini lagu trademark kalau penonton dari pelbagai bangsa hadir ke persembahan saya.

BCB ni memang sesuatu dan jarang saya ketepikan dalam show saya. Btw terima kasih Sam Tsui kerana memilih lagu saya.”-tulis Siti di Insta Stories

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

datuk seri siti nurhaliza
https://lomp.at/40erz
Share51Tweet32SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem