Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

[FOTO] Dari Pakaian Kondom Hingga Ke Gaun Separa Bogel, Ini 16 Gaya Julia Fox Yang Sangat ‘Daring’!

by Soph Azz
January 22, 2024
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

85
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja nama Julia Fox,, rasanya semua tahu yang selebriti ini tak pernah terlepas daripada kontroversi mengenai gayanya.

Bagi Miss Murai, perubahan gaya Julia Fox yang ketara, berlaku selepas dia menjalinkan hubungan dengan Kanye West. Sejak daripada itu, dia sentiasa tampil berani ketika berfesyen, sehinggakan menjadi isu utama di kalangan pencinta fesyen.

Di bawah Miss Murai kepilkan beberapa fesyen berani Julia Fox, yang sangat extra, ‘pelik’ dan tak masuk akal.

Foto – Pinterest

Ketika pertunjukan Kenzo Fall/Winter 2022, Julia memakai pakaian denim Balenciaga yang sepadan dengan bekas kekasihnya iaitu Kanye West. Menarik perhatian ramai adalah eyeliner hitam tebal yang dilukisnya itu.

Foto – Pinterest

Di pertunjukan Schiaparelli Haute Couture Spring/Summer 2022, Julia sekali lagi muncul ‘matchy matchy’ dengan Kanye West. Dia memakai gaun patent-leather corset, legging kulit dan thigh-high leather boots, anting-anting emas besar dan signature bold eyeliner miliknya.

Foto – Pinterest

Julia memadankan balaclava merahnya itu dengan skirt mikro hitam, top merah, but suede dan oversized kot kulit semasa menghadiri Minggu Fesyen Milan 2022.

Foto – Pinterest

Padanan bikini hitam di bawah runched one shoulder gown menampilkan potongan besar di bahagian pinggulnya.

Foto – Pinterest

All in denim, Julia memadankan low waist jeans, bandeau dan sepasang kasut denim Alexander Wang.

Foto – Pinterest

Ketika membeli belah di pasaraya, Julia memakai bra Alexander Wang dengan seluar dalam sepadan. Bahagian luarnya pula, Julia mengenakan blazer denim dan but denim Alexander Wang yang longgar.

Foto – Pinterest

Comel dan edgy, Julia pernah menggayakan seluar dalam denim brown-acid-washed yang sepadan dengan halter top yang dililit, but putih dan beg tangan yang sepadan warna.

Foto – Pinterest

Menggayakan set padanan daripada Hanes, Julia memakai tank top putih yang menampakkan sebahagian kecil payudaranya dengan sepasang skirt pendek.

Foto – Pinterest

Walaupun gaun ini menampilkan garis leher yang tinggi dan draping skirt yang panjang, Julia memilih bra dan seluar dalam hitam untuk digandingkan dengan gaun cut-out tersebut. Bahagian belakang gaun ini terbuka sepenuhnya tau.

Foto – Pinterest

Seperti miliki kaki raksasa, Julia menghadiri Minggu Fesyen Paris 2023 dengan but bertutup bulu yang dipadankan dengan seluar dalam kulit, jaket crop hitam dan beg bulu berbentuk hati.

Foto – Pinterest

Kalau kamu nak tahu, pakaiannya yang ini diperbuat daripada kondom. Daripada top, but, sarung tangan latex dan beg tangan, semuanya menggunakan kondom.

Foto – Pinterest

Semasa di stesen petrol, Julia tampil mengenakan boxer Diesel, kasut berbulu, oversized blazer dan sepasang t-shirt putih dengan frasa “High Class White Trash” dicetak di depannya.

Foto – Pinterest

Tampil berani, Julia memakai bikini Titty Smasher NYC yang  bernilai $450 (RM2126.02) dan platform Pleaser setinggi 9 inci ketika bersiar-siar di Los Angeles. Dia memadankan bra api, seluar lateks berkilat rendah dan beg Balenciaga. 

Foto – Pinterest

Paling menarik, Julia memadankan hooded black leather crop top dengan skirt maxi yang menampakkan bahagian pinggul dan ekor kuda yang tergantung di belakangnya.

Foto – Pinterest

Lain daripada yang lain, Julia memakai bikini metal daripada jenama Seks. Ensembel hampir bogel itu dipadankan dengan solekan bertema goth, but hitam, beg Hodakova yang dihiasi gesper tali pinggan yang dikitar semula.

Foto – Pinterest

Baru-baru ini, Julia muncul menggayakan gaun pengantin yang seksi. Dia mengenakan gaun cutout yang dipadankan dengan thong hitam, sarung tangan renda, veil dan beg tangan mikro.

Umm…. Okay ke tak fesyen berani Julia Fox ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
fashion julia foxjulia foxKanye West
https://lomp.at/5jjan
Share34Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem