Seiring dengan komitmennya untuk membudayakan pelancongan yang selamat dan bertanggungjawab, Airbnb bergandingan dengan selebriti tempatan popular, Daiyan Trisha untuk menggalakkan pelancongan bertanggungjawab di negara.
Semakin ramai rakyat Malaysia berminat menggunakan Airbnb untuk percutian mereka yang seterusnya, dengan hampir 60 peratus daripada responden yang ditinjau berkata bahawa mereka mungkin akan melancong dengan Airbnb pada tahun lepas. Ini berdasarkan data daripada tinjauan ClearPath Strategies yang dianjurkan oleh Airbnb, yang meninjau 1,267 responden di Malaysia antara 8 Februari hingga 2 Mac 2023.
Dengan bermulanya tahun baharu, Airbnb menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara bertanggungjawab dan menganggap rumah Hos seperti rumah mereka sendiri.
Dalam satu video yang bernada positif, Daiyan Trisha, seorang artis, penyanyi, pengkarya lagu serta model yang berbakat, berkongsi tentang kepentingan pelancongan yang selamat dan berhemah. Sebagai seorang pengguna Airbnb, beliau mempamerkan kepada tetamu cara untuk memanfaatkan penginapan Airbnb dengan sepenuhnya di samping menghormati peraturan-peraturan Hos dan rumah.
Daiyan berkongsi,
“Tidak kira perjalanan untuk tujuan kerja ataupun percutian bersama keluarga, saya sentiasa berusaha mencari penginapan terbaik, yang membolehkan saya mencipta kenangan indah bersama orang tersayang. Airbnb adalah salah satu platform kegemaran saya semasa melancong, baik di dalam mahupun di luar negara.
Selain menawarkan pelbagai penginapan yang unik dan tersendiri, menginap di Airbnb adalah cara kegemaran saya untuk meneroka kawasan itu dan menghayati kehidupan tempatan. Jadi, saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan bersama dan menjadikan pelancongan menyeronokkan buat semua.”
Bagi menyokong Hos dan tetamu di seluruh dunia, Airbnb mempunyai satu pasukan Sokongan Komuniti global yang menawarkan perkhidmatan 24 jam setiap hari.
Selain itu, setiap tempahan di Airbnb akan disertakan dengan perlindungan AirCover untuk Hos dan tetamu secara percuma. AirCover untuk Hos menyediakan perlindungan menyeluruh untuk Hos, manakala AirCover untuk tetamu menyediakan sokongan kepada tetamu bagi masalah-masalah serius yang berkaitan dengan tempahan atau penginapan.
Di Malaysia, Airbnb bakal melancarkan kit sokongan bangunan strata untuk Hos, termasuk Kod Tatakelakuan pertama industri untuk STRA di Malaysia. Kini, Airbnb menawarkan Talian Sokongan Kejiranan dalam Bahasa Melayu, yang membolehkan ahli komuniti melaporkan isu- isu yang mendesak tentang penyenaraian yang berdekatan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.