Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Norreen Iman Sebak Dapat Tunai Umrah-“Aku Cuba Untuk Tidak Menangis Tapi…”

by Naddy Joe
February 7, 2024
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah, malam tadi.

Norreen Iman & Tya Adnan Tunai Umrah

Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik di Instagram, isteri kepada pelakon, Shukri Yahya iaitu Tya Adnan turut bersama Noreen mengenakan jubah putih ketika berada di dalam pesawat.

“Bismillahirahmanirahim. Kepada yang mengenali saya, maafkan saya. Doakan baik-baik ye.

Andai ada secebis hama amarah dalam hati pasal aku, aku nak minta maaf. Dan aku maafkan semua orang juga.”-kapsyen Norreen Iman di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Netizen & Rakan Selebriti Titip Doa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa agar Noreen dan Tya memperoleh umrah yang mabrur, malah ramai yang memuji wajah pelakon ini kelihatan semakin berseri.

“Sebabtu dalam al-Quran pun dah sebut pasal kawan ni . Kita kalau pandai dan betul pilih kawan yang ke arah kebaikan , InsyaAllah ke arah baik lah kita .. Semoga Istiqamah ??.”

“Comel sangat ?? bila berkawan dengan orang yang baik .. dengan kita sekali auto nak jadi baik , segan nak buat yang bukan bukan.. alhamdulillah.”

“Naik seri wajah dia ??.”

“May Allah ease everything for both of you? Semoga umrah mabrur insyaAllah ??”

“Aku Cuba Untuk Tak Menangis Tetapi…”

Dalam pada itu, pelakon ini meluahkan rasa sebak apabila dapat menjadi salah seorang tetamu Allah untuk ke Tanah Suci Mekah.

“Aku cuba untuk tidak menangis tetapi aku tak boleh. Terima kasih ya Allah. Kau jemput aku datang lepas apa yang aku dah hadap. Lepas apa yang aku dah buat. Allahuakbar.”-tulis Norreen

Sama-sama kita doakan agar Norreen dan Tya memperoleh Umrah yang mabrur..

norreen iman
https://lomp.at/wqfsu
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem