Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Sebelum Tidur Baca Surah Al-Mulk. Ini Kelebihan Kamu Kena Tahu

by Rory Kim
February 18, 2024
Foto - Utusan TV

Foto - Utusan TV

Share on Facebook

Tiada yang lebih bahagia dan menenangkan daripada membaca Al-Quran yang menjadi peneman setiap umat Islam.

Hati kosong, tidak tenteram, sakit atau apa sekalipun yang kamu hadapi, bacalah Al-Quran kerana itu menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat! Orang yang membaca Al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.

Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosa, surah itu ialah Al-Mulk”.

YouTube video

Amalan surah Al-Mulk secara harian menjanjikan kelebihan, apatah lagi bila dibuat sebelum tidur.

Penyelamat seksaan kubur

Saiyidina Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca Al-Mulk sehingga menjadi amalan wirid, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT dalam seksaan kubur.”

Diberi pengampunan

Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Hati beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Wajah cantik

Saiyidina Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Mari sama-sama kita membaca Al-Quran walaupun setakat satu muka surat selepas menunaikan solat fardhu. Perlahan-lahan kita kayuh, Insyaallah hidup akan diberkati sentiasa.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Al Quransurah al-mulk
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara