Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

[VIDEO] Ajaib! Hanya RM88 Jer Untuk Sampai Ke Kazakhstan? AirAsia X Kembali Dengan Promosi Menakjubkan

by Phic ARMAN
February 16, 2024
Share on Facebook

Semalam, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, telah menarik perhatian umum di media sosial. Ini gara-gara penampilannya memakai pakaian tradisional Uzbekistan, Chapan Robe di dalam sebuah video yang di muatnaik instagram @flyairasia. Ramai yang beranggapan berkemungkinan besar AirAsia X bakal membuka laluan penerbangan ke Uzbekistan.

Namun, tekaan ini salah! Rupanya beliau mahu melancarkan promosi AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan akan datang pada 14 Mac 2024 sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama. Syarikat penerbangan ini menawarkan tawaran menakjubkan ke Almaty dengan tambang promosi bermula RM88 termasuk semua* sehala. Murah kan?

View this post on Instagram

A post shared by Fly AirAsia (@flyairasia)

Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang (waktu Malaysia) selama lapan jam secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk..

Harga Semasa Tiket Sehala RM88 Kuala Lumpur Ke Almaty, harga dipaparkan sehingga artikel ini diterbitkan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata:

“Kami berbesar hati untuk menawarkan tambang menakjubkan ini ke Almaty kepada pengembara untuk menerokai bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan, dan kepelbagaian budaya. Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada para tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.

Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang.”

View this post on Instagram

A post shared by Fly AirAsia (@flyairasia)

Tambang promosi kini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu. Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] AirAsia Mahu Buka Laluan Baru Ke Riyadh & Dammam? Ini Kata Tony Fernandes
airasiaairasia xKazakhstan
https://lomp.at/g0kjq
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem