Peluang terbaik bagi memperkenalkan destinasi menarik, budaya setempat dan aktiviti unik rakyat Malaysia kepada pelancong luar dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam travelog terbaharu, “Kembara Kimchi” yang disiarkan mulai 17 Februari ini, setiap Sabtu, pukul 5.00 petang di Okey.
Gandingan Hos Dari Dua Negara
Memperkenalkan Zalif sebagai hos bergandingan dengan Junny, rakyat Korea yang bersama-sama memulakan lokasi pengembaraannya yang pertama ke Sekinchan, Selangor.
Mereka merasa masakan popular di Sekinchan iaitu Nasi Ambeng manakala Junny berkongsi masakan yang sama dinegaranya iaitu Bimbimbap.
Di samping itu, Zalif cuba memahami bahasa Korea dari Junny. Junny teruja melihat panorama bendang dan Rumah Burung Hantu. Aktiviti mencabar dicuba mereka di sini iaitu mencuci dan mencari mentarang.
Zalif dan Junny meneruskan pengembaraannya dengan mencuba makanan dan juga aktiviti di Kuala Kangsar, Perak, Pulau Pinang, dan seterusnya ke Perlis.
Permulaan Pengambaraan Di Negeri Utara
Pengembaraan mereka sampai di negeri Kedah. Makanan Popular dikongsikan Laksa Kedah, menikmati panorama persekitaran Tanjung Dawai, Jeti Tanjung Dawai dan Pantai Tanjung Ru, permainan rakyat baling kerang juga melakukan aktiviti masyarakat Pembuatan Ikan Masin dan keropok.
Kunjungan mereka tiba di Kelantan dengan aktiviti makan-makan Nasi Kerabu; panorama persekitaran bandar Kota Baharu dan sekitar kampung; kebudayaan Wayang Kulit dan Alat Muzik Tradisional Kelantan serta mempelajari dialek Kelantan juga mencuba aktiviti Pembuatan Batik.
Akhiri Dengan Pengambaran Ke Pantai Timur
Zalif dan Junny meneruskan pengembaraannya ke negeri Terengganu menikmati makanan Popular Singgang Budu; Panorama Persekitaran Bandar Kuala Terengganu dan Sekitar Sungai Terengganu; Kebudayaan Proses Tenunan Songket dan mempelajari dialek Terengganu; juga mencuba aktiviti menghasilkan Butik Songket Terengganu serta menaiki Pengangkutan Air Bot Penambang.
Ikuti juga perkongsian mereka singgah beberapa lokasi berbeza di Pahang, Johor dan Kuala Lumpur yang sememangnya mahu diperkenalkan kepada Junny.
RTM turut memberikan peluang kepada anda yang tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV untuk mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.