Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Jangan Meninggi Diri Ya Umai”- Dipuji Berduet Dengan Cakra Khan, TokTi Beri Teguran Berharga Buat Anak Saudaranya

by Puteri Alia
February 20, 2024
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika hendak tengok kualiti diri, lihatlah kualiti hati. Apabila hati penuh dengan sifat rendah hati seperti yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW, baru hidup seorang insan itu berkualiti dunia dan akhirat.

Oleh itu, jika kita berjaya melakukan sesuatu dan terserlah kehebatan itu, cepat pulangkan rasa kehebatan kepada Yang Maha Berkuasa, Allah SWT untuk menghilangkan rasa ego serta memadamkan rasa berjasa kepada orang.

Allah SWT yang mengizinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk memperoleh kejayaan yang kita kecapi! Jadi sentiasalah tunduk ke bumi dan jangan sesekali mendabik dada.

“Bila orang puji, jangan meninggi diri ya Umai”.

Bercakap soal kejayaan, itu antara nasihat yang dititipkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada anak saudaranya, Ummi Umaira susulan pujian ramai impak persembahan cemerlang di samping penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, sewaktu Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, baru-baru ini.

Siti mengingatkan penyanyi cilik berusia 12 tahun yang lebih dikenali sebagai Umai itu bahawa perjalanan masih panjang. Sebagai ibu saudara, dia berharap Umai terus belajar dan menghormati orang atau penyanyi lain yang lebih dewasa sepanjang hidup.

“Alhamdulillah, ini permulaan yang baharu. Masih jauh perjalanan Umai. Selalulah belajar dan jangan berhenti belajar.

“Bila orang puji, jangan meninggi diri ya Umai. Selalu hormat orang yang lebih senior (dewasa),” ujar Siti.

Pelantun Nirmala itu berpesan supaya Umai supaya selalu ada rasa kekurangan dalam diri dan mendoakan agar gadis itu berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Selalu rasa ada kekurangan. Mak Iti (panggilan Siti) doakan Umai berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Allah, Rasul, ayah dan ibu jangan sesekali dilupakan. Insya-Allah, selamat hidup,” tulis Siti dalam ruangan komen perkongsian ibu Umai dalam Instagram.

Ibarat kata-kata seorang ibu untuk anaknya, nasihat yang ditinggalkan penyanyi nombor satu negara itu menarik perhatian pengguna Instagram, apabila rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Siti.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Duet Menyanyi Bersama Abang Sulungnya, Curi Perhatian Ramai!

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan ibu kepada Umai yang juga adik kepada Siti iaitu Sairah, wanita itu masih tidak boleh melupakan momen ketika anaknya dipanggil ke atas pentas untuk berduet dengan Cakra menyanyikan lagu Seluruh Cinta, nyanyian asal bersama Siti Nurhaliza.

Umai mencetuskan rasa bangga khalayak, terutama keluarga apabila berkongsi pentas secara spontan dengan Cakra Khan dalam Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, pada Sabtu lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

datuk seri siti nurhalizatoktiumai
https://lomp.at/ivqvk
Share34Tweet21SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem