Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mahu Berkahwin Dengan Anak Raja? Ini Realiti Penceraian Di Sebalik Kisah Perkahwinan Sultan Brunei Dengan Bekas Isterinya!

by Puteri Alia
February 21, 2024
3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak zaman berzaman, kisah cinta antara wanita biasa dengan seorang pangeran atau raja telah menjadi subjek yang dipuja dalam dongeng dan impian banyak wanita atau anak gadis.

Impian untuk menjadi sebahagian dari kehidupan mewah dan penuh gemerlap di istana kerajaan sering kali menjadi obsesi kepada para wanita.

Bagaimanapun, di sebalik keindahan dan misteri kehidupan yang penuh protokol, terdapat realiti yang mungkin tidak setiap orang sanggup untuk menghadapinya.

Bercerita soal ini, baru-baru ini dalam acara istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari, pernikahan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, pada 11 Januari menarik perhatian dari seluruh dunia.

Namun ada pula yang mula bercerita dan berbahas mengenai kisah perkahwinan dan perceraian bekas isteri  Sultan Brunei, yang telah menjadi bahan perbincangan di kalangan warganet sejak tahun 2010.

Pada masa itu, Istana Brunei mengumumkan secara rasmi bahwa Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, telah menceraikan isteri keduanya, Azrinaz Mazhar Hakim, dengan talak satu. Pengumuman ini mengejutkan banyak pihak, terutama para pengikut berita kerajaan, yang mungkin telah membayangkan kehidupan yang bahagia dan glamor di dalam istana.

Pengumuman ini disampaikan melalui laman berita nasional Brunei, P Announcement, pada pukul 8 malam, dan diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Menurut pengumuman itu, Sultan mengambil keputusan untuk menjatuhkan talak satu kepada Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar atas sebab-sebab tertentu yang diperuntukkan oleh hukum syarak. Bersama dengan talak satu tersebut, semua gelaran diraja yang diberikan kepada Azrinaz Mazhar juga ditarik balik.

Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Foto Putera 'Abdul Wakeel, Curi Perhatian Netizen!

Seputar info, terdahulu Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur pada tahun 2005, yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Umum mengetahui bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang cahaya mata yang kini di bawah jagaan bekas suaminya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sejak beberapa tahun ini, beberapa foto anak perempuannya iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah tular di media sosial.

Rata-rata memuji kecantikan Puteri Ameerah yang kini berusia 16 tahun.

Malah Azrinaz, mengakui menerima pelbagai pujian daripada warga net yang menyifatkan Puteri Ameerah mewarisi kecantikannya.

Lebih dikenali dengan panggilan “Naz”, Azrinaz Mazhar memulakan kerjayanya sebagai seorang eksekutif wartawan penyiaran di TV3 pada tahun 1999, setelah menamatkan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada tahun 1997. Pada tahun 2000, beliau diiktiraf sebagai Wartawan Harapan TV3, dan dua tahun kemudian, menerima Anugerah Alumni MIIM.

Keputusan Sultan untuk menceraikan Azrinaz Mazhar mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan dalam masyarakat. Walaupun sebab-sebab sebenar di sebalik perceraian ini tidak dinyatakan secara terperinci, peristiwa ini menegaskan kompleksiti kehidupan persendirian dan politik di istana kerajaan Brunei.

Perceraian ini bukan sahaja menandakan akhir dari perkahwinan Sultan dengan Azrinaz Mazhar, tetapi juga menggariskan sebuah bab baru dalam kehidupan keluarga diraja Brunei.

Terkini, Azrinaz telah mendirikan rumah tangga dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid, 45, pada 1 Mei 2018 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Azrinaz.

What’s your Reaction?
+1
10
+1
23
+1
5
+1
9
+1
12
+1
18
Azrinaz Mazhar HakimPengiran Muda ‘Abdul Mateen BolkiahSultan Hassanal BolkiahYang Mulia Dayang Anisha Rosnah
https://lomp.at/3b3el
Share1218Tweet761SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem