Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sudah Lama Berniat Padam Nama Arwah Suami, BCL Mengaku Tidak Boleh Berterusan Menggunakan Nama Sinclair Lagi

by Puteri Alia
February 21, 2024
130
KONGSIAN
Share on Facebook

Berada dalam situasi kematian atau kehilangan suami akan mengakibatkan kepada perasaan yang sangat sedih dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Namun, sebagai seorang isteri yang berada dalam situasi ini, yang paling penting adalah menerima hakikat dan menguatkan hati agar boleh menjalani kehidupan dengan tabah.

Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab baru terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak atau menghadapi masalah lain seperti kewangan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Allah tidak pernah membebani kehidupan hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu digalas.

Malah, setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati kerana dunia hanyalah tempat persinggahan yang mempunyai tarikh luputnya tersendiri.

Berlalu dari kenangan lama dan cuba utuk teruskan hidup. Move on tidak semestinya kita perlu melupakan setiap kenangan yang telah dilalui bersama, namun ia adalah untuk kebaikan diri dan emosi wanita sendiri.

Terdahulu, penyanyi seberang yang pernah mengejutkan peminat apabila bertindak untuk menggunakan nama baharu dan membuang nama arwah suaminya bagi akaun Instagramnya, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mendedahkan keputusan tersebut bukan mudah.

Katanya, perubahan nama @bclsinclair menjadi @itsmebcl by hakikatnya sudah difikirkan sebelum mempunyai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana.

Bukan mahu melupakan terus suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, namun perkara itu lebih kepada dirinya tidak lagi didampingi lelaki yang selama ini sentiasa di sisinya.

BCL mendedahkan, sudah tidak boleh berterusan menggunakan nama Sinclair kerana Ashraf telah meninggalkan dirinya untuk selama-selamanya.

“Sebenarnya sejak Ashraf meninggal dunia saya rasa saya tidak boleh gunakan nama itu lagi, cuma tak dilakukan (padam) ketika itu kerana masih berkabung,” katanya.

Keputusan juga dirasakan sangat berat sehingga dia mengambil kesempatan berbincang dengan keluarga arwah bagi mendapatkan pandangan mereka.

Biarpun mempertimbangkan perkara itu selepas pemergian Allahyarham pada 2020, hanya ketika menjelang hari pernikahan 1 Disember tahun lalu, BCL benar-benar memadam nama keluarga Sinclair.

Terdahulu, tindakan tersebut me­ngundang kecaman netizen yang beranggapan dia mudah melupakan arwah suaminya selepas bertemu cinta baharu.

ashraf sinclairBCL
https://lomp.at/7zv0x
Share52Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem