Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert WALI X SETIA “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang Berlangsung Meriah!

Orange International Sekali Lagi Berjaya Hiburkan Peminat Muzik Pop, Kali Ini Di Sebelah Utara

by Aphit J.
February 25, 2024
Share on Facebook

Konsert mega yang julung-julung kalinya diadakan, KONSERT WALI X SETIA “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG anjuran syarikat penganjur konsert terkemuka, Orange International (OI) telah berjaya menghiburkan peminat-peminat muzik khususnya di sebelah Utara.

Dikejutkan Dengan Penambahan Band

via Joeprcinternational

Perancangan yang mulanya membawakan satu kumpulan pop popular Indonesia (Wali Band) dikejutkan dengan penambahan satu lagi kumpulan pop (Charly Setia Band).

Disamping itu, penonton turut disajikan dengan persembahan oleh penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang tular dengan lagu Dawai selain kemunculan penyanyi popular Malaysia, Saixse dan juga Khai Bahar.

Konsert yang bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang menyaksikan Wali mempersembahkan dalam 12 buah lagu hit mereka seperti Cari Jodoh, Ada Gajah Di Balik Batu, Si Udin Bertanya, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan lain-lain.

Wali Band Terharu

via Joeprcinternational

Wali Band juga turut berterima kasih kepada peminat di Malaysia dan berasa seronok dengan sambutan yang diberikan oleh warga Malaysia

Terima kasih buat semua peminat kami di Malaysia yang hadir menyaksikan Wali beraksi, kamu semua adalah yang terbaik!

Kami sangat berbesar hati dapat menghiburkan anda semua dan ‘asyik’ dengan sing-along bersama-sama kami

Manakala Charly Setia menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Sampai Mati, Jangan Pernah Berubah dan Asmara.

Kemunculan Fadhilah Intan, Sixse Dan Khai Bahar

via Joeprcinternational

Malam konsert menjadi gamat apabila penyanyi Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai yang ditunggu-tunggu ramai, dan lebih istimewa apabila dia turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Khai Bahar Nekad Jual Rumah Dan Balik Kampung Lepas Kehilangan Orang Tuanya

Malam konsert bertambah hangat apabila giliran Saixse pula muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Malam Pagi yang dinyanyikan bersama oleh semua penonton yang hadir, dan Khai Bahar pula membawakan lagu Luluh, Bayang, Oh Wanita dan sebuah lagu bonus, Lemas.

Rata-rata penonton yang hadir mengenakan baju berwarna hijau yang menjadi tema pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools yang disarankan oleh kerajaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Charly Setia BandFadhilah Intankhai baharSaixseWali Band
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara