Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tidak Segan Berkongsi Sedang Dalam Fasa Putus Haid, Ella Berfikiran Terbuka Dan Menikmati Proses Penuaan

by Puteri Alia
February 28, 2024
Share on Facebook

Ratu Rock tanah air, Ella, yang bakal menyambut ulang tahun ke-57 pada bulan Julai ini, telah mendedahkan bahawa beliau sedang mengalami fasa ‘pre-monopause’ dalam usaha memupuk kesedaran kesihatan, khususnya di kalangan wanita seusianya.

Ella menganggap bahawa proses penuaan sepatutnya dihayati dengan baik dengan memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan.

Bagi beliau, mengetahui dan memahami tentang perubahan hormon dalam tubuh merupakan langkah penting dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan pada peringkat ini.

Fasa ‘pre-monopause’ adalah satu fasa pra-menopause yang dialami oleh sesetengah wanita ketika mereka mendekati usia menopaus.

Semasa fasa ini, perubahan hormon dalam tubuh dapat menyebabkan gejala seperti haid yang tidak teratur, hot flashes, masalah tidur, dan perubahan mood.

“Ramai wanita tidak mahu berkongsi fasa menghadapi putus haid sebab enggan susahkan anak-anak dan suami sehingga mengganggu emosi.

“Sekarang sudah ada solusinya, kita kena tahu memenangkan situasi. Saya rasa gembira dan tak beremosi.

“Peranan suami juga penting kerana seperti situasi Azhar yang ajak saya berjumpa dengan kenalan kami selepas mengadu rasa panas dan mudah marah,” katanya.

Ella berkata, pada awalnya, dia tidak mengetahui kepentingan penjagaan hormon yang berperanan menjaga kestabilan emosi terutama bagi wanita yang menuju ke fasa putus haid.

“Sebelum bertemu pakar, saya memang tidak pernah hadapi sebarang penyakit dan hanya tahu bacaan darah berada pada tahap serius.

“Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190. Baru saya tahu darah saya tinggi, hormon tidak menentu yang menjejaskan tahap kesihatan saya.

“Saya seperti nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi. Sedangkan selama ini saya tak tahu sedang menghidap sebarang penyakit,” katanya.

Ella Enggan Campur Khabar Angin Rumah Tangga Kaka Azraff, Anggap Terlalu Peribadi
ellaratuk rock ella
https://lomp.at/m3r1e
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Iman Tang Angkat Hujan Legenda, ‘HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN’ Bukti 20 Tahun Keberanian

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Kumpulan indie rock sensasi, Hujan bakal mencipta momen istimewa apabila meraikan ulang tahun ke-20 menerusi konsert HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN....

Read moreDetails
Lokal

Linda Rafar Alami Serangan ‘Panic Disorder’-“Tolong Doakan Saya…”

by Naddy Joe
May 4, 2026

Penyanyi, Linda Rafar memohon doa orang orang ramai selepas berkongsi keadaan kesihatannya yang mengalami serangan panik (panic disorder), baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @selenagomez (IG)
Hollywood

Pernah Viral Kerana Cium Kaki Suami, Selena Gomez Akhirnya Pilih Untuk Cerai?

by Nurul A.
April 28, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan suaminya, Benny Blanco secara tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas muncul dakwaan bahawa hubungan mereka berada...

Read moreDetails
Spotlight

Datang Malaysia Julai Ini! Rupanya Kenny G Ada Rekod Dunia Yang ‘Mind-blown’

by Phic ARMAN
May 11, 2026

Pemain saksofon legenda dunia dan pemenang Anugerah Grammy, Kenny G, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert terbaharu yang...

Read moreDetails
Spotlight

Luahan Tiz Zaqyah Tentang Gajah Undang Simpati- “Haiwan Pun Boleh Stress…”

by Phic ARMAN
April 12, 2026

Pelakon cantik Tiz Zaqyah tampil meluahkan rasa simpati terhadap nasib tiga ekor gajah dari Malaysia yang dihantar ke Jepun, sekali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara