Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

[VIDEO] Kemunculan Tay Tawan Gamatkan Suasana Pavilion KL Ketika Pelancaran Kempen “Takeover Thailand” Oleh AirAsia

by Phic ARMAN
March 1, 2024
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Suasana di sekitar Pavilion Kuala Lumpur  berubah menjadi lebih meriah dan gamat apabila bintang pujaan dari Thailand, Tay Tawan, membuat kemunculan yang luar biasa. Ribuan penonton dari pelbagai lapisan masyarakat telah menanti-nantikan detik-detik ketibaan artis berbakat ini di Malaysia.

Tay Tawan, yang dikenali aktor, hos, model, dan vlogger ini tidak hanya hadir untuk menyapa peminat setianya, tetapi juga untuk menyertai kempen kerjasama dengan  AirAsia yang bertajuk “Takeover Thailand”.

“Takeover Thailand”

Kempen ini mahu menjadikan Thailand sebagai destinasi perjalanan pilihan bagi pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kempen ini tidak hanya memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu dengan Tay Tawan secara dekat, tetapi juga mempromosikan destinasi menarik di Thailand melalui syarikat penerbangan terkemuka tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Acara tersebut diselitkan dengan penampilan Tay Tawan yang menggemparkan, memukau penonton dengan kebolehan vokalnya. Pada ruang legar di Pavilion KL, Tay Tawan menghiburkan ribuan penonton dengan dua buah lagu yang memikat hati

Antusiasme penonton semakin meningkat apabila Tay Tawan mempersembahkan sebuah lagu klgi yang di dalam panggung DADI cinema disusuli dengan sidang media bersama wartawan.

Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam mulai hari ini sehingga 3 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 November 2024. Para tetamu juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur daripada RM99 untuk tambang termasuk semua** sehala.

Tay Tawan berkata:

“Saya berbesar hati untuk mewakili Thailand dan memainkan peranan dalam mempromosikan negara tercinta saya untuk pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Thailand menawarkan pelbagai tarikan menakjubkan, daripada landskap memukau kepada rakyat yang mesra, dan saya teruja untuk terus mempromosikan destinasi ini bersama-sama AirAsia.

Dengan menghubungkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, kita bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancongan malah memperkukuhkan hubungan sesama negara. Jom lawati destinasi di Thailand bersama-sama saya dan AirAsia!”- ujarnya

*Promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Promosi Tambang termasuk semua sehala bermula dari RM131. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

** Promosi Tambang adalah termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Naik Heli, Mandi Dengan Buaya & Sarapan Dengan Busut: Ini Cerita MURAI di Darwin, Australia
airasiaTay Tawan
https://lomp.at/dc589
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem