Friday, July 25, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Islamik

[VIDEO] Rafidah Ibrahim Kongsi Hukum ‘Mengelakkan Diri Dari Kawan Yang Menyakitkan Hati’, Raih Perhatian Ramai!

by Amirul Fikry
March 1, 2024
95
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali Rafidah binti Ibrahim yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita di Malaysia. Kerjaya Rafidah Ibrahim bermula apabila dia menyertai pertandingan “Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007” dan sekaligus membawa peluang gelaran juara dalam pertandingan tersebut. Rafidah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada penyanyi no. 1 Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Sejak dari menang pertandingan tersebut, rezeki Rafidah Ibrahim dibuka dengan luas sehinggakan terkenal satu Malaysia kerana bukan sahaja cantik dan berilmu malah wajahnya seakan penyanyi No.1 negara itu. Kini Rafidah Ibrahim banyak meluangkan masa di semua laman media sosial miliknya untuk menyampaikan dakwah dan ilmu kepada orang ramai.

“Dalam Masa Yang Sama, Perlu Beri Teguran Yang Baik”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rafidah Ibrahim yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 862 ribu, tanda suka sebanyak 68 ribu dan sebanyak 943 komen.

Di dalam kapsyen video tersebut, memaparkan Rafidah Ibrahim memberitahu mengenai hukum mengelakkan diri dari kawan yang menyakitkan hati.

@rafidahhjibrahim

Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata : Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan. Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62) Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya,  atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia. Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55) Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan : Maksudnya : Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia. Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324) Namun kami mencadangkan bahawa dalam masa yang sama, hendaklah teguran dengan cara yang terbaik diberikan kepadanya agar menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Selain itu juga, perbanyakkanlah doa semoga Allah S.W.T memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik.  Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa… #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #rawfeedhhijab #sharf #kaf #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #kawanmenyakitkanhati #kawan #menjauhkandiri #janganlayan

♬ Astaghfirullah (Cover) – Anisa Rahman

Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :

“Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.”

Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62)

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke Urig perkuburan), kelar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya, atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) Manusia.”

Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55)

Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan :

“Maksudnya: Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.”

Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social puring distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain.

Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324)

Namun kami mencadangkan bahawa dalam masa yang sama, hendaklah teguran dengan cara yang terbaik diberikan kepadanya agar menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Selain itu juga, perbanyakkanlah doa semoga Allah S.W.T memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik.

“Salam sahabat yang dikashi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada a Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/ purig influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maat sepuluh jari Fida juga pendosa…”-Kata Rafidah Ibrahim

Apa-apa pun, semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsikan kepada orang di sekeliling kita, agar sama-sama kita mengetahui manfaatnya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Apa kata anda?

Cara mengelakkan diri dari kawan yang menyakitkan hatiRafidah Ibrahim
https://lomp.at/qixi2
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

by Amirul Fikry
July 25, 2025

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita Malaysia, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana. Selain seorang...

Read more
Lokal

[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin

Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero...

Read more
by Amirul Fikry
July 25, 2025
Lokal

[VIDEO] Awie Mengusik Anak Perempuannya Buatkan Netizen Teruja-“Nak Jadi Menantu”

Datuk Ahmad Azhar bin Othman, lebih dikenali sebagai Awie, adalah vokalis utama kumpulan rock legenda Malaysia, Wings, yang ditubuhkan pada...

Read more
by Amirul Fikry
July 25, 2025
Lokal

Anak Bella Cedera di Kening, Ibu Aliff Aziz Terkilan Baru Tahu Sehari Lewat – “Umi Doakan Ayden Cepat Sembuh”

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafizah, tampil meluahkan rasa prihatin dan mendoakan kesembuhan cucunya, Ayden Adrean, yang mengalami kecederaan...

Read more
by Puteri Alia
July 24, 2025
Lokal

Amyra Rosli Akui Pernah Terdetik Mahu Buka Tudung – “Saya Paksa Diri Untuk Istiqamah”

Amyra Rosli secara jujur mengakui bahawa dugaan paling besar selepas memutuskan untuk berhijab bukanlah soal penampilan, tetapi cabaran untuk kekal...

Read more
by Puteri Alia
July 24, 2025
Lokal

Shila Amzah Dedah Pernah Dibuli 25 Tahun, Kini Berani Dedah Insiden Dengan Amy Search

Shila Amzah memilih untuk tidak lagi berdiam diri apabila berdepan dengan isu buli dan penderaan yang semakin berleluasa dalam masyarakat....

Read more
by Puteri Alia
July 24, 2025
Lokal

Uyaina Mengamuk! –”Rezeki Kalian Tak Berkat!”

Uyaina Arshad mengambil pendirian tegas apabila mendapati video senamannya digunakan secara tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu bagi tujuan promosi produk...

Read more
by Puteri Alia
July 24, 2025
Gossip

Zoey Rahman Buat Trend S-Line, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas melakukan trend S-Line yang diinspirasi daripada satu drama Korea...

Read more
by Naddy Joe
July 24, 2025
Berita

[VIDEO] Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani ‘MRI Scan’-“Ingatkan Jatuh Biasa Je..”

Umum mengetahui anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengalami kecederaan pada bahagian lutut kaki...

Read more
by Naddy Joe
July 24, 2025
Selebriti

Nak Tahu Gaji Sebenar Andy Bryon? CEO Yang Peluk HR Di Konsert Coldplay

MURAI ada cerita panas ni, dan kali ni bukan pasal selebriti K-pop mahupun drama Melayu viral kat TikTok, tapi kisah...

Read more
by Phic ARMAN
July 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

  2. 2

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem