Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Nak Tahu Gaji Sebenar Andy Bryon? CEO Yang Peluk HR Di Konsert Coldplay

by Phic ARMAN
July 24, 2025
Share on Facebook

MURAI ada cerita panas ni, dan kali ni bukan pasal selebriti K-pop mahupun drama Melayu viral kat TikTok, tapi kisah seorang CEO Mat Salleh yang kantoi peluk HR sendiri masa konsert Coldplay! Yang buat MURAI tercengang, bukan pelukan tu je, tapi gaji dia pun bukan kaleng-kaleng weh!

Cerita dia macam ini…

Kantoi Di “Kiss Cam”, Terus Letak Jawatan

Andy Byron, CEO kepada syarikat teknologi AI bernama Astronomer, jadi buah mulut netizen lepas video dia berpeluk mesra dengan Kristin Cabot, yang tak lain tak bukan Head of HR syarikat dia sendiri, tersebar luas masa konsert Coldplay kat Gillette Stadium minggu lepas.

Nak lagi drama, video tu bukan saja viral, tapi kononnya ditayang kat skrin besar “kiss cam” tu lah!

@newss4yyou

The billionaire was shamefully caught cheating. At a Coldplay concert, the camera showed the entire stadium how Andy Byron, director of the IT company Astronomer, was standing in an embrace with HR specialist Christine Cabot. At the same time, his wife was at home with their two children. In 11 hours, the video garnered 20 million views on TikTok. #coldplay #concert #billionaire #byron #it

♬ original sound – N4U

CEO Sementara, HR Masih “In Relationship” Dengan Syarikat

Tak lama lepas insiden tu, Andy terus dicutikan serta-merta, mungkin untuk ‘menenangkan diri’. Tapi esoknya, Astronomer umumkan bahawa Andy telah meletak jawatan secara rasmi.

Cofounder syarikat tu, Pete DeJoy, kini ambil alih jawatan sebagai CEO sementara. Tapi yang peliknya, Kristin Cabot masih elok lagi tersenarai dalam senarai pengurusan syarikat. Haaa, netizen pun dah mula bising – “Kalau CEO boleh resign, kenapa HR tak kena apa-apa?”

Gaji Bukan Main…

Sekarang masuk bab yang semua orang tertanya-tanya: berapa gaji Andy Byron ni sampai mampu duduk seat VIP konsert Coldplay dan ‘berdrama’ sekali?

Menurut New York Post, gaji tahunan Andy dianggarkan antara USD $469,000 hingga $690,000 (lebih kurang RM2.2 juta hingga RM3.3 juta setahun, ya tuan-tuan dan puan-puan!). Itu belum masuk bonus prestasi lagi.

Dan nilai kekayaan bersih dia pula? Dipercayai sekitar USD $50 juta hingga $70 juta , iaitu RM240 juta hingga RM340 juta ikut kadar semasa. Phewww~ Boleh beli satu pulau dan lari dari semua drama ni kalau dia nak.

Syarikat Pun Dah Mula Buat Damage Control

Pihak pengurusan Astronomer siap keluarkan kenyataan rasmi kata mereka masih komited pada nilai-nilai syarikat. Katanya, “Pemimpin syarikat seharusnya tunjuk teladan dari segi tindakan dan akauntabiliti.”

Moral of the story: Kalau dah CEO pun boleh ‘bungkus’ lepas masuk kiss cam, kita yang rakyat marhaen ni kenalah berhati-hati sikit kalau nak bergedik depan umum. Lebih-lebih lagi kalau ada kamera.

Dan satu lagi, kalau gaji dah berjuta, hati-hati la sikit dengan siapa kita peluk, sebab dunia ni penuh CCTV dan netizen yang FBI-trained.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
coldplayKristin CabotPete DeJoy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara