Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Liza Hanim Sekali Lagi Memukau Peminat dengan Single Terbarunya “Takdir Itu Milik Aku”

by Aphit J.
March 3, 2024
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tidak kenal pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ iaitu Liza Hanim kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan menghasilkan single terbarunya.

Hadir Dengan Takdir Itu Milik Aku

Single terbaru tersebut telah diberi judul “Takdir Itu Milik Aku” dan baru-baru ini juga berlangsungnya Konsert “Liza Hanim 27 Years Journey In Concert” yang di Zepp Kuala Lumpur, menyaksikan kemunculan gemilang beliau dengan mengalunkan lagu-lagu yang mengenali dirinya dalam seni hiburan tempatan.

Selain itu, bercakap tentang kemunculan single terbarunya berjudul “Takdir Itu Milik Aku” ia merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama yang dinantikan iaitu “Takdir Itu Milik Aku” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Lagu telah dikeluarkan di bawah laungan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia.

Menurut Liza Hanim, lagu “Takdir Itu Milik Aku” adalah cerminan tentang perjuangan dan pengorbanan seseorang yang pada akhirnya harus akur menerima takdir yang telah ditetapkan.

Keputusan untuk menyanyikan lagu ini tidak memerlukan masa lama bagi Liza Hanim, kerana melodi dan liriknya sangat memikat hatinya sejak awal lagi.

Lagu Yang Mudah Difahami

via Joeprcinternational

Liza Hanim juga menjelaskan bahawa makna lagu ini mudah difahami dan boleh dikaitkan dengan para pendengar apabila mendengarnya.

Drama “Takdir Itu Milik Aku” mengisahkan tentang Dian Zara, seorang gadis lurus dan bersih hatinya menumpang kasih dengan neneknya.

Manakala emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Dian disuruh menjadi orang gaji sebelum dipaksa kahwin. Episod duka bermula hanya kerana dia hamil anak cacat.

Drama ini juga telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Emna Maembong, Aiman Hakim, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadun, Datuk Fauziah Nawi, Mak Engku Farida, Naszsally, Riz Amin, dan ramai lagi.

Konsert Legasi P. Ramlee: Penghormatan Agung Buat Seniman Lagenda

Lagu ‘Takdir Itu Milik Aku’’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
liza hanim
https://lomp.at/xar08
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem