Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ada Orang Sumbat Makanan Tak Halal Dalam Mulut Ketika Berpuasa, Maryam Kongsi Cabaran Jadi Mualaf

by Puteri Alia
March 18, 2024
49
KONGSIAN
Share on Facebook

“Ada orang sampai letak makanan tidak halal dalam mulut ketika saya puasa, tetapi saya tidak telan, terus buang (keluarkan dari mulut) saja.”

Itulah perkongsian yang dibuat oleh selebriti media sosial, Maryam You Narae, atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi, ketika menceritakan detik-detik awal beliau bergelar mualaf lima tahun lalu di negara kelahirannya, Korea Selatan.

Tatkala berhadapan dengan situasi yang mengejutkan itu, Maryam, 32 tahun, menunjukkan ketenangan dan kesabaran, sedar akan kebiasaan yang berbeza di negaranya.

Memetik laporan penuh dari portal Sinar Harian, Maryam memaklumkan bahawa kebanyakan orang di Korea Selatan tidak mempunyai pegangan agama Islam seperti di Malaysia.

“Saya bekerja di hospital pada masa itu. Mereka memberi makanan kepada saya kerana sayang kepada saya. Bila saya menolak makanan itu, mereka kurang faham. Akhirnya, saya memberikan isyarat bahawa saya tidak boleh makan dan terus membuang makanan tersebut. Bayangkan kalau saya tidak cukup kuat, mungkin saya sudah menelannya,” katanya.

Pengalaman itu membuktikan ketabahan Maryam, bekas ahli fisioterapi, yang mampu menahan godaan walaupun makanan sudah berada di dalam mulutnya. Baginya, keberanian itu menjadi satu pencapaian yang membanggakan.

“Jika di Malaysia, semua orang mengetahui tentang Ramadan, puasa, dan memahami Islam. Oleh itu, tidak boleh dibandingkan dengan negara lain,” tambahnya.

Kisah Maryam Durian Kimchi mencerminkan ketabahan seorang mualaf dalam menghadapi ujian dan cabaran, serta keazaman untuk memegang teguh prinsip agama walaupun dihadapkan dengan situasi yang mencabar. Semoga pengalaman dan kesabaran beliau menjadi inspirasi buat banyak orang dalam menghadapi ujian kehidupan.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
[VIDEO] Ryzal Ibrahim Kongsi Gelagat Rina, Netizen Terhibur!-"Ni Macam Sharifah Sakinah.."
MaryamRyzal Ibrahim
https://lomp.at/av561
Share20Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem