Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

ZAI SRI GEMILANG Rai Ramadan Dengan ‘BUFET 25 MALAM’

by Phic ARMAN
March 21, 2024
Share on Facebook

Syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilang perkenalkan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk penganjuran tahun yang ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.

Selain mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa, ‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.

Sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.

Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran ‘Bufet 25 Malam’ tahun ini, Datin Hajah Zaiton Haji Abdul Rahman selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang berkata,

“Kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya.

Sudahpun berkecimpung dalam bidang katering selama dua dekad, sememangnya saya amat berpegang teguh dengan kebenaran kata-kata ini yang diletakkan sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, aspek penyediaaan sajian berkualiti yang lazat dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali.

Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Timur Tengah ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekali gus memberikan ‘rasa’ kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami.”

Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa. Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal (Isnin-Jumaat). Tawaran pembelian awal terbuka sehingga 13 Mac 2024 dan bilangan baucar adalah terhad.

Manakala harga untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM68 sahaja. Manakala pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pula berharga RM95 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas.

Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, sila layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929. Ikuti akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mengetahui sebarang informasi lanjut dan terkini mengenai kami.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ZAI SRI GEMILANG
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara