Thursday, May 2, 2024

“Adakah Tengku Natasya Adnan Jadi Pilihan Hati?”- Spekulasi Calon Isteri Tengku Muhammad Raih Perhatian Warganet

465
KONGSIAN
Zaman dahulu, perbezaan darjat antara mereka yang berdarah diraja dan orang biasa sering kali menjadi isu sehinggakan perkahwinan antara kedua golongan ini dianggap sesuatu yang luar kebiasaan.
Namun sejak beberapa dekad ini, ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila putera dan puteri memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan golongan rakyat biasa, oleh itu tidak hairanlah jika masih ramai yang mula menanam untuk berkahwin dengan “anak raja”.

Berpijak di bumi yang nyata, baru-baru ini kecoh di laman sosial media, terutamanya di platform TikTok, berikutan spekulasi mengenai kemungkinan perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, anakanda kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor iaitu anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun butiran mengenai perkahwinan ini masih belum sah, namun atas faktor keterujaan masyarakat, ramai pula yang mula mahu mengenali siapakah gerangan kepada pemilik nama Tengku Natasya Adnan yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Spekulasi mengenai perkahwinan ini telah menarik perhatian ramai, dengan klip video dan gambar-gambar yang dikongsi menerusi warganet di laman TikTok.

@aidnrfzh_

this little moment🥹… Credit to owner video. Pls tag yourself if this video is yours. Tq #tengkumuhammad #tabtms #pahangroyalfamily #fyp #foryou

♬ Star – Colde

Walaupun begitu, perlu diingat bahawa sehingga kini tiada sumber rasmi dari pihak istana Pahang atau mana-mana pihak berkaitan yang mengesahkan khabar angin mengenai perkahwinan ini.

Dalam klip video yang dimuat naik di TikTok, ada dakwaan bahawa bakal diadakan majlis perkahwinan diraja yang dijangka bakal berlangsung pada bulan Ogos dan Oktober. Namun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi dan menunggu pengumuman rasmi mengenai berita bahagia ini.

@tpijay.27

Sumandak sabah okey ke tu? #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkumuhammadiskandar #tengkumuhammadshah #tengkumuhammad #tabtms #tengkunatasyaadnan #tengkunatasya #natasyaadnan #tasyaadn #tnsa #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fypシ゚viral #fyp #fypindonesia #fyp #fypシ #fyp

♬ bunyi asal – JIJI – JIJI

Terdahulu, Tengku Muhammad telah menarik perhatian rakyat Sabah dengan kehadiran dan ketampanannya semasa Kembara Kenali Borneo di Sabah.

Reaksi teruja dari rakyat tempatan mencerminkan daya tarikan Tengku Muhammad dan penghargaan terhadap perjumpaan dengan keluarga diraja.

Seputar info, Tengku Muhammad merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

Bagi pengikut dan peminat diraja, sementara mereka mungkin teruja dengan perkhabaran tidak rasmi tentang perkahwinan ini, adalah penting untuk menghormati proses dan keperluan untuk pengesahan rasmi sebelum membuat sebarang spekulasi mahupun andaian.

Sehingga itu, kita menanti perutusan rasmi dari Istana Pahang mengenai perkhabaran berita baik ini. Murai My disini sentiasa mendoakan yang terbaik dan setia menunggu kesahihan atas khabar angin ini.

+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI