Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Jaafar Onn Sudah Tiada…Al-Fatihah

by Naddy Joe
April 3, 2024
via MalaysiaKini

via MalaysiaKini

47
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini, industri dikejutkan dengan berita pemergian artis legenda, Jaafar Onn yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun di Hospital Sultan Idris Shah Serdang sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar Onn atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang disahkan oleh anak saudaranya, Fahmi Aziz menerusi hantaran di Facebook, memohon doa orang ramai buat pakciknya.

“Pak cik saya Jaafar Onn Telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.” tulis Fahmi di Facebook

Difahamkan, urusan pengurusan jenazah serta pengebumian masih dalam proses perbincangan bersama keluarga Allahyarham.

Dipetik dari laporan Berita Harian, anak angkat kepada Jaafar Onn iaitu Mohamad Hanif Hashim menyatakan, Allahyarham telah ditahan di Wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin disebabkan pendarahan ketika membuang air besar.

Tambah Hanif, pihak doktor turut berusaha untuk memberikan bantuan pernafasan selepas Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi.

Sekadar info, Allahyarham Jaafar Onn atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang dikenali ramai dengan drama popular tahun 1990-an, berjudul Cili Padi.

Selain Jaafar, Cili padi turut dibintangi barisan pelakon antaranya Melissa Saila, Anne Ngasri, Tam Suhaimi, dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Jaafar Onn, semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Jaafar Onn
https://lomp.at/qkmhw
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem