Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Agoda Umum Kuching Adalah Destinasi Pelancongan Termurah Di Malaysia!

by Naddy Joe
April 9, 2024
via Astro Awani

via Astro Awani

Share on Facebook

Platform pelancongan digital Agoda mengumumkan senarai destinasi pelancongan dengan purata kadar penginapan termurah bagi memudahkan para pelancong merancang percutian mereka di hujung minggu yang panjang dan cuti umum yang akan menjelang. Pelancong yang inginkan tawaran terbaik di Asia harus mempertimbangkan Udon Thani, Thailand. Manakala di Malaysia, Kuching, Sarawak menawarkan kadar bilik yang paling kompetitif untuk pelancong pada bulan April dan Mei.

Menjelang bulan April dan Mei yang sarat dengan cuti umum, Agoda mengongsikan senarai destinasi pelancongan Asia yang paling popular dengan tawaran bernilai hebat. Di Malaysia, Kuching terus kekal sebagai juara bertahan sebagai destinasi pelancongan termurah, kini menawarkan purata kadar bilik yang lebih rendah iaitu RM 230 berbanding dengan RM 282 pada tahun lepas.

Destinasi dengan purata kadar penginapan termurah merentas lapan pasaran Asia ialah Udon Thani di Thailand, Surabaya di Indonesia, Hue di Vietnam, Kuching di Malaysia, Iloilo di Filipina, Bengaluru di India, Narita di Jepun dan Kaohsiung di Taiwan masing-masing.

Menurut Naib Presiden Bersekutu Asia Tenggara di Agoda, Enric Casals, menyatakan bahawa mereka berkongsi senarai destinasi termurah terkini menjelang cuti umum yang dinanti-nantikan di seluruh Asia.

“Menjelangnya cuti umum yang dinanti-nantikan di seluruh Asia seperti Songkran, Hari Raya dan Hari Pekerja, April dan Mei adalah masa yang sesuai untuk keluar bercuti. Selaras dengan misi berterusan Agoda untuk membantu pelancong mengembara dengan lebih murah, kami kongsikan senarai destinasi termurah terkini, tepat pada waktunya bagi tempoh percutian yang popular tersebut.”

Udon Thani, Thailand  (Purata Kadar Bilik: RM 132)

Udon Thani merupakan salah sebuah daripada empat bandar utama di wilayah Isaan Thailand dan ia adalah sangat berbaloi untuk dikunjungi. Bandar ini sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti liburan, terutamanya di Taman Nong Prajak dan persekitaran tasiknya. Bersiar-siar di boulevard untuk melawat tarikan utama seperti Chinese Gate dan Muzium Bandar Udon Thani. Udon Thani mudah diakses melalui lapangan terbangnya. Pelancong antarabangsa juga mudah mengunjungi Udon Thani dari Vientiane, ibu kota Laos yang terletak hanya di seberang Sungai Mekong.

Surabaya, Indonesia (Purata Kadar Bilik: RM 183)

Surabaya, metropolis Indonesia yang semakin meningkat naik di Jawa Timur adalah sebuah bandar pelabuhan yang maju. Ia menampilkan kedua-dua seni bina warisan dan juga bangunan pencakar langit futuristik. Dengan adanya pengaruh Jawa, Cina dan Arab, bandar ini menjanjikan sebuah pengalaman budaya yang amat menarik. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Pasar Atom yang menawarkan beraneka jenis kraftangan tradisional dan pastikan anda mencuba kelazatan makanan tempatan seperti Lontong Balap dan Sate Klopo.

Hue, Vietnam (Purata Kadar Bilik: RM 202)

Terletak di tengah Vietnam, Hue adalah bekas ibu kota empayar Dinasti Nguyen yang kaya dengan sejarah dan budaya, Ia terkenal dengan mercu tanda bersejarah termasuk Imperial City, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang lengkap dengan istana dan rumah berhala yang tersergam indah. Para pelawat ke bandar ini boleh menaiki bot di sepanjang Sungai Perfume untuk menikmati pemandangan bangunan dengan seni bina yang unik. Ia merupakan sebuah destinasi di Vietnam yang harus dilawati.

Kuching, Malaysia (Purata Kadar Bilik: RM 230)

Kuching, ibu negeri Sarawak di Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kemeriahan bandarnya yang unik tetapi juga keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Bandar ini terletak di tebing Sungai Sarawak di Pulau Borneo. Kuching merupakan sebuah hab seni dan kraf. Anda boleh mendapatkan cenderahati dan segala keperluan kraf anda di Bazar Utama, Jalan Carpenter dan Pasar Minggu. Para pencinta alam semula tidak harus lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Negara Bako yang terkenal dengan hutan hujan,  pelbagai hidupan liar dan juga pantai yang indah.

Iloilo, Filipina (Purata Kadar Bilik: RM 235)

Disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah kepulauan Filipina, Iloilo sering digelar sebagai ‘Jantung Negara Filipina’. Di sini terdapat sebuah gugusan yang dipanggil ‘Islas de Gigantes’ yang pastinya akan mencuri hati setiap pengunjung dengan pantai yang indah, lagun tersembunyi dan juga makanan laut yang segar! Terkenal dengan mercu tanda bersejarahnya, Iloilo juga merupakan destinasi popular di kalangan penggemar sejarah. Ia mudah dikunjungi dengan menaiki feri dari Bacolod.

Selain daripada menyenaraikan destinasi yang termurah, Agoda juga menawarkan tawaran bernilai hebat bagi penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan untuk membantu para pelancong bercuti dengan lebih berhemat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kuching Sarawak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Le Méridien Putrajaya
Destinasi

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

by Nurul A.
July 1, 2026

Selain berperanan sebagai pusat pentadbiran, Putrajaya kini memperluaskan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya...

Read moreDetails
Foto - Hong Kong Tourism Board
Destinasi

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

by Nurul A.
June 29, 2026

Pada musim panas kali ini, Hong Kong mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan bandar ini menerusi kempen Hong Kong Summer...

Read moreDetails
Foto - Tourism Malaysia
Destinasi

6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

by Nurul A.
June 27, 2026

Ramai rakyat Malaysia sudah lama ingin meneroka Pantai Timur, namun hasrat itu sering tertangguh. Hakikatnya, wilayah ini menyimpan pelbagai tarikan...

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - @alorsetarcitycouncil (IG)
Jalan-Jalan

[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!

by Nurul A.
June 10, 2026

Tiada siapa jangka bandar Alor Setar, Kedah dipromosikan di salah satu siaran radio terkenal di Korea Selatan sempena kempen Tahun...

Read moreDetails
LifeXplore

Travel Nak Best, Beg Kena Betul! 5 Tips Pilih Luggage Tanpa Menyesal

by Phic ARMAN
June 11, 2026

Musim cuti memang selalu buat ramai mula “mode travel on”. Tiket dah cari, itinerary dah siap, tapi satu benda yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara