Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Westlife Bakal Kembali ke Malaysia Untuk Konsert Westlife The Hits Tour 2024

Tiket untuk melihat tiga ahli Westlife secara langsung mula dijual pada 26 April, 12 tengah hari

by Aphit J.
April 19, 2024
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Westlife, salah satu kumpulan pop paling terkenal di dunia sepanjang zaman akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di lokasi yang terletak kira-kira 1,800 meter dari aras laut.

Kembali Ke Malaysia Selepas 25 Tahun

Westlife The Hits Tour 2024 anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions sebagai Promoter, akan berlangsung pada 9 Jun, Ahad, 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting itu pasti akan membuat peminat teruja.

Tiket mula dijual pada 26 April, Jumaat, dari jam 12 tengah hari dan seterusnya. Kembali ke arena yang sama selepas 24 tahun, Westlife sekali lagi akan mempamerkan persembahan mereka yang mempersonakan untuk peminat setia mereka.

Persembahan daripada kumpulan yang berasal dari Ireland itu pasti akan mencatat memori indah kepada peminat-peminat Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan, manakala Mark Feehily tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Pelbagai Anugerah Pernah Dikecapi

via Dynamic Media

Westlife yang ditubuhkan pada 1998, berjaya melakar nama sebagai kumpulan lelaki era 2000-an yang menjadi perhatian di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits dan persembahan yang memukau.

Antara lagu dendangan Westlife yang menjadi siulan ramai dan masih diminati hingga kini seperti “Uptown Girl”, “My Love”, “Swear It Again”, “Flying Without Wings”, “World of Our Own”, “Hello My Love” dan banyak lagi.

Westlife berjaya menjual lebih 55 juta unit album, memperoleh 36 album No. 1, mengumpul lebih daripada 3 bilion aliran global, melepasi 1 bilion tontonan YouTube dan menjual lebih 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia.

Mereka telah menerima pelbagai anugerah termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards dan empat Record of the Year Awards.

Harga Jualan Tiket

via MMIC Entertainment

Tiket ke Westlife The Hits Tour 2024 berharga RM1,188 (VIP), RM988 (PS1), RM788 (PS2), RM588 (PS3) dan RM388 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Tiket boleh dibeli atas talian menerusi MMIC Entertainment Group di mmic.bigtix.io, Resorts World Genting di rwgenting.com dan BookMyShow di my.bookmyshow.com.

Westlife The Hits Tour 2024 dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group bersama JS Concert Productions sebagai Promoter, sementara radio SINAR, MIX dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

westlife
https://lomp.at/b9j1u
Share8Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem