Friday, June 27, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Berbaloi Penantian 10 Tahun, Peminat Puas Hati Ketika Menghadiri Konsert CNBLUE Di Malaysia!

by Amirul Fikry
April 23, 2024
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Penantian peminat CNBLUE di Malaysia selepas hampir 10 tahun untuk melihat kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan konsert menjadi kenyataan, apabila kumpulan tersebut berjaya memberikan persembahan yang memuaskan di Kuala Lumpur Malaysia.

Baru-baru ini, berlangsungnya konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama, meraih perhatian ramai apabila seramai 5,000 peminat yang hadir bagi mengubat rindu mereka untuk menyaksikan CNBLUE kembali beraksi secara langsung.

CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.

Mereka membawakan sebanyak 24 buah lagu termasuk lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Opening:
1. INTRO + I’m a Loner
2. LOVE
3. Intuition
4. Hey You

(1) Segment
5. Imagine (Short Version)
6. Love Light (Short Version)
7. You’re so fine

(2) Segment
8. INTRO + Love (Cut)
9. INTRO + 99%
10. Lady
11. Coffee Shop

(3) Segment
12. Time Capsule
13. SE(VHS) + Winter Again
14. Till Then
15. Hide and Seek
16. Cinderella

(4) Segment

17. INTRO + In My Head
18. I’m Sorry
19. Intro + RADIO
20. Between Us

Encore:
(5) Segment
21. Young Forever

(6) Segment
22. Can’t Stop

(7) Segment
23. INTRO + Then, Now and Forever + OUTRO
24. Love Girl

CNBLUE memberikan persembahan yang bertenaga sehingga konsert yang berlangsung selama 3 jam 30 minit itu tidak terasa lama. Vokalis utama iaitu Yonghwa membuat perjanjian bersama peminatnya untuk mengadakan lagi konsert di Malaysia pada masa akan datang dan mereka berkemungkinan menyiapkan beberapa buah lagu terbaru sebagai hadiah buat peminat yang setia bersama mereka selama ini.

Banyak perkataan melayu yang dipelajari kumpulan kpop tersebut ketika konsert berlangsung seperti “Janji”, “Mantap Giler”, “Saya Suka Awak” dan macam-macam lagi. Tambahan pula, Yonghwa sempat mengajarkan kepada peminatnya untuk menyebut cinta menggunakan dialek Korea yang berbeza.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Peminat yang hadir ketika konsert tersebut, memberikan rasa puas dan mengatakan bahawa tiket yang dibeli mereka sangat berbaloi dengan persembahan yang bertenaga yang diberikan kumpulan kpop tersebut. Apa-apa pun, semoga CNBLUE memilih Malaysia lagi untuk mengadakan konsert mereka pada masa akan datang.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

CNBLUEJungshinKonsert CNBLUE Di MalaysiaMinhyukYonghwa
https://lomp.at/toqu3
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    Berbaloi Penantian 10 Tahun, Peminat Puas Hati Ketika Menghadiri Konsert CNBLUE Di Malaysia!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem