Saturday, July 27, 2024

“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?” – Muat Naik Cara Pemakaian Ihram Fezrul Khan Di Instagram Cetus Kecaman Netizen

64
KONGSIAN

Untuk umat Islam, pastinya ramai yang mengetahui bahawa sekarang ini merupakan musim umat Islam seluruh dunia akan berkumpul untuk menunaikan ibadah Haji.

Cabaran Yang Sukar

Menurut Astro Awani, untuk musim haji tahun ini, kesemua 31,600 jemaah Malaysia berdepan beberapa cabaran sukar sepanjang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini termasuk kesesakan luar biasa dengan kedatangan jutaan jemaah dari seluruh dunia, cuaca panas melampau dijangka sehingga 50 darjah Celcius dan bencana luar jangka.

Bersempena dengan datangnya musim haji ini, maka ada sesetengan selebriti juga turut terpangil untuk berkongsikan pengalaman, pandangan dan juga ilmu berkaitan dengan haji.

Fezrul Khan Tunjuk Situasi Pemakaian Ihram

via Instagram Fezrul Khan
Salah seorang yang turut berkongsikan ‘content’ mengenai haji adalah pelakon Fezrul Khan. Dalam muat naik video yang dikongsikan olehnya di Instagram, dia menunjukkan cara-cara pemakaian ihram.
POV: bila kau nak pergi haji, kau masih lupa cara pakai ihram
Tulis di videonya, dia menunjukkan seseorang yang mahu mengerjakan haji, tetapi masih lupa dengan cara pemakaian ihram.

Dikecam Netizen

via Instagram Fezrul Khan

Meskipun ada yang menyatakan perkongsian tersebut agak bagus, tetapi rata-rata dari netizen mengecam dengan video yang dimuat naik tersebut.

Hal ini kerana dalam video tersebut seolah-olah Fezrul lebih ingin menunjukkan bentuk tubuh badannya sehinggakan menampakkan pusat berbanding menunjukkan cara pemakaian ihram yang betul.

Malah Fezrul juga menggunakan latar belakang Kaabah dimana ada sesetengah yang mendakwa kurang sesuai dengan cara pemakaian Fezrul dan seolah-olah cuba mempersendakan agama.

+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI