Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Dua Lelaki Bawa Parang Cubaan Ceroboh Istana, Netizen Mula Risau Dengan Keselamatan Negara

by Aphit J.
May 19, 2024
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini kita sedia maklum bahawa kecoh berkenaan dengan isu yang melibatkan keselamatan dalam negara.

2 Lelaki Cuba Menceroboh Istana?

Terbaru, dua lelaki warga tempatan dilaporkan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara.

Menurut Astro Awani, kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara.

Suspek pada ketika itu dilaporkan cuba memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menjumpai Sebilah Parang

via BH Online

Hasil dari siasatan, ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut.

Rusdi juga turut memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Malah beliau juga menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti.

Netizen Mula Risau

via Astro Awani

Atas kejadian tersebut, melihat diruangan komen rata-rata netizen sudah mula menzahirkan rasa kurang selamat dengan apa yang terjadi.

Apa sudah jadi ni? Malaysia macam dah tak selamat sejak dua menjak ni. Minta-minta tiada yang buruk la berlaku.

Makin dasyat sekarang. Seram.

Bertali arus jenayah pelik. Satu persatu.

Apa sudah jadi. Macam-macam isu ada.

Malah ada juga yang mempersoalkan dengan keselamatan negara selepas beberapa perkara yang melibatkan keselamatan negara dilihat berada dalam keadaan yang membimbangkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Keanggunan & Pengaruh Seni Bina Berunsur Islamik Dalam Mercu Tanda Ikonik Malaysia
Istana Negara
https://lomp.at/jbye2
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem