Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Rakyat Malaysia Sekarang Begitu Sensitif”-Chef Wan Mohon Maaf Bergurau Gaun Aishwarya Rai Sehingga Disiasat Polis

by Puteri Alia
May 28, 2024
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Cef selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan, atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, baru-baru ini terpaksa memohon maaf selepas komen jenaka beliau mengenai gaun yang dipakai oleh pelakon Bollywood, Aishwarya Rai, pada Festival Filem Cannes disalah tafsir sehingga disiasat oleh polis.

Chef Wan menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mempersendakan agama Hindu ataupun bersikap perkauman.

“Bukan niat sebenar saya untuk bersikap perkauman mahupun burukkan agama Hindu.

“Sebagai seorang cef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia,” kata Chef Wan menerusi hantaran di Instagramnya.

Dalam permohonan maafnya, Chef Wan menegaskan bahawa kenyataannya hanya bertujuan untuk berseloroh mengenai gaun yang dipakai oleh Aishwarya Rai, yang mengingatkannya kepada perayaan Thaipusam kavadi di Batu Caves.

“Fikiran saya serta-merta memikirkan material digunakan pereka sering dilihat di perayaan Thaipusam kavadi yang diraikan di Batu Caves,” jelas Chef Wan.

Chef Wan juga menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk menghina agama lain dan hanya ingin berjenaka.

“Saya hanya berjenaka dan bercakap jujur namun komen saya disalah tafsir sampai polis pun terpaksa siasat kerana ada yang buat laporan!” katanya.

Reaksi netizen yang terlalu sensitif terhadap komennya juga mengejutkan Chef Wan.

“Saya tidak tahu sama ada nak ketawa atau menangis. Sejujurnya saya rasa rakyat Malaysia sekarang begitu sensitif dalam banyak perkara,” ujarnya.

Chef Wan menambah bahawa kebenaran dan niat jujur hanya diketahui oleh Allah, dan tidak perlu takut jika tidak bersalah. Namun, beliau juga menekankan pentingnya untuk meminta maaf secara terbuka jika benar melakukan kesalahan.

Pihak polis mengesahkan bahawa Chef Wan sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran dalam media sosial yang didakwa bersifat perkauman membabitkan Aishwarya Rai.

Kecantikkan Ibu Izara Aishah, Raih Pujian Ramai!-"Macam Pelakon Bollywood"

Komen Chef Wan yang menyatakan gaun dipakai Aishwarya seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves, walaupun bersifat jenaka, telah menyebabkan reaksi pelbagai pihak sehingga memerlukan siasatan lanjut.

Chef Wan, yang terkenal dengan sikap ceria dan jenakanya, berharap agar masyarakat lebih memahami konteks sebenar komennya dan tidak cepat tersinggung.

“Saya percaya kebenaran dan niat jujur kita, hanya Allah yang mengetahuinya. Tak perlu takut jika kita tidak salah,” tambahnya lagi.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
Aishwarya Raichef wan
https://lomp.at/trt1l
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem