Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak Pertama Tak Dapat Menyusu Badan Kerana Lidah Pendek, Uyaina Bersyukur Anak Kedua Ada Rezeki

by Puteri Alia
May 29, 2024
231
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila diberikan rezeki untuk menyusu badan atau breastfeed anak keduanya ketika ini.

Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkongsi perasaan syukurnya kerana sebelum ini tidak dapat melakukan hal yang sama untuk anak pertamanya, Raja Urhan, disebabkan masalah lidah pendek atau tongue tie.

“Alhamdulillah, syukur merasa breastfeed (menyusu badan) untuk anak kali ini. Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.

“Jadi, apabila anak kedua ini dapat menyusu badan sepenuhnya, saya sangat-sangat bersyukur,” kata Uyaina dalam InstaStory terbarunya.

Bagi Uyaina, pengalaman menyusukan anak sendiri adalah satu nikmat dari Allah SWT yang tidak ternilai.

“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.

Uyaina baru-baru ini selamat melahirkan cahaya mata kedua melalui proses pembedahan pada 17 Mei lalu, setelah mengalami masalah jantung. Kehadiran bayi kedua ini memberi makna besar kepada Uyaina yang akhirnya dapat merasakan nikmat menyusukan anak dengan penuh kasih sayang.

Pelakon dan pengacara ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan, yang kini berusia dua tahun.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
Raja Syahiran Luluh Hati Saksi Kebakaran Besar, Jerit Selamatkan Penduduk Walau Kereta Hancur!
Raja Syahirantongue tieuyaina arshad
https://lomp.at/h7sbk
Share92Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem