Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“LHDN Janganlah Datang Cari Saya”- Terlepas Cakap Pernah Jana RM30,000 Sebulan, Leona Tarik Balik Kenyataan

by Puteri Alia
May 31, 2024
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam era digital masa kini, media sosial bukan sahaja menjadi platform komunikasi dan hiburan, tetapi juga ruang menjana pendapatan yang menguntungkan.

Pempengaruh muda, Kasih Iris Leona, telah membuktikan bahawa dengan populariti dan konten yang menarik, seseorang boleh meraih pulangan lumayan.

Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, mendedahkan bahawa beliau pernah meraih pendapatan sehingga RM30,000 sebulan sebagai pempengaruh sepenuh masa. Dalam podcast atau audio siar “Apa Cerita?”, Leona berkongsi pengalamannya menjana pendapatan tinggi menerusi media sosial.

“Seingat saya ketika saya lakukan pekerjaan ‘influencer’ sepenuh masa, saya boleh dapat sekurang-kurang RM20,000 hingga ke RM30,000 sebulan.

“Tetapi pendapatan itu bergantung juga kepada populariti seseorang pempengaruh sama ada dia relevan dan sebanyak mana konten dihasilkan,” katanya.

Sejak melanjutkan pengajian di United Kingdom, Leona mengurangkan aktivitinya sebagai pencipta kandungan. “Sekarang saya sudah sambung pengajian di UK dan buat di sana, jadi saya tidak dapat sebanyak yang sebelum ini pada waktu sekarang,” ujarnya.

Namun, Leona kemudian menarik balik kenyataannya dengan membetulkan anggaran pendapatan sebenar yang diperolehi. Dengan nada berseloroh, dia meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar tidak memburunya.

“Mungkin bukanlah RM30,000 tapi RM10,000 ke RM20,000, tapi (LHDN) janganlah datang cari saya dan kenakan cukai pula. Sebab saya sedang sambung pengajian di UK dan dah tidak raih sebanyak itu lagi. Jangan datang atau DM (mesej) saya tanya,” katanya secara berseloroh.

Kasih Leona kini memiliki sejuta pengikut di TikTok, 500,000 pengikut di Instagram, dan lebih 100,000 pelanggan di saluran YouTube.

Popularitinya yang setara dengan artis terkenal membuktikan bahawa dia mempunyai kelompok peminat tegar yang sentiasa menantikan konten terbarunya.

Leona Label Kebanyakkan Lelaki Sampah, Luah Kecewa Belum Jumpa Calon Suami Lagi

Banyak hantaran dan video Leona meraih perhatian sehingga menjadi tular, menunjukkan pengaruh kuatnya dalam dunia media sosial.

Kasih Iris Leona merupakan contoh bagaimana generasi muda boleh memanfaatkan media sosial untuk menjana pendapatan yang signifikan.

Walaupun kini dia mengurangkan aktiviti sebagai pempengaruh untuk fokus kepada pengajiannya, kisah kejayaannya tetap menjadi inspirasi bagi ramai.

Dengan populariti yang terus berkembang, Leona pastinya akan terus memberi impak besar dalam dunia digital.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
azhar sulaimanleona azhar
https://lomp.at/rrhul
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem