Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Keserasian Bella Dan Didi Astillah Terserlah Dalam Lagu Bermanja-Manja

Dengarkan Lagu Runut Bunyi Drama Leha Leya Lawa Ini Secara Eksklusif Di Tonton

by Aphit J.
June 1, 2024
Share on Facebook

Bella Astillah dan Didi Astillah, dua beradik selebriti yang yang pernah mencuri perhatian ramai dengan gandingan mereka untuk lagu kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara kini tampil dengan lagu terbaharu, Bermanja-manja.

Kali Pertama Selepas 18 Tahun

Selepas 18 tahun bersama dalam industri nyanyian, ini merupakan kali pertama mereka digandingkan untuk lagu runut bunyi bagi drama eksklusif di Tonton, Leha Leya Lawa.

Lagu Bermanja-manja, yang berunsurkan Bubble Pop, hasil idea daripada Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik bersama dengan Alternate Records & Talents.

Genre yang dipilih ini bersesuaian dengan karakter Bella dan Didi Astillah yang ceria serta keunikan nada suara mereka yang sesuai menyampaikan genre muzik seperti ini.

Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang ingin memiliki cinta sejati, tidak mahu ditukar ganti dan tidak inginkan halangan dalam percintaan.

Mengambil Masa Hanya 2 Jam

via Berita Ini

Menurut Bella dan Didi Astillah, mereka amat berbesar hati dan gembira kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu Bermanja-manja yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama Leha Leya Lawa di TV3.

Lagu ini merupakan lagu yang sangat ceria, lirik yang mudah difahami dan sangat santai membuatkan mereka berjaya merakamkan lagu ini hanya dalam masa 2 jam serta dengan keadaan tenang dan tidak tertekan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Bermanja-manja nyanyian Bella Astillah dan Didi Astillah  yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Error happened.
“Tak Baik Tau Cakap Saya Jongang” – Bella Astillah Akui Bakal Pakai Braces
bella astilahDidi Astilah
https://lomp.at/ql8d2
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara