Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Sepiring Memperkenalkan Menu Baharu ‘Selera Penang’ Untuk Dinikmati Bersama!

Hokkien Prawn Mee dan Nyor Rosy Float Kini Tersedia Di Cawangan Sepiring Yang Berdekatan Dengan Anda!

by Jash Lee
June 7, 2024
Share on Facebook

Ada yang mengidam Mee Udang Penang tetapi tidak berkesempatan lagi untuk ke Penang?

Singgahlah Sepiring, sebuah restoran tempatan yang digemari ramai dan diperakui Halal yang terkenal dengan hidangan tempatan yang menggamit selera.

Mulai hari ini sehingga 15 September 2024, Sepiring menyediakan menu baharu iaitu Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float yang menjanjikan kepuasan tidak terhingga dan keenakan perisa tradisional yang luar biasa!

Selain hidangan kegemaran rakyat tempatan yang tersedia di Sepiring seperti Laksa Penang, Pasembur, dan Rojak Penang, menu terbaharu ini akan menyempurnakan lagi pengalaman makan dengan setiap suapan! Dedikasi Sepiring untuk menawarkan hidangan asli Penang berasal daripada keinginan mereka untuk berkongsi cita rasa sebenar salah satu destinasi kulinari yang terkenal di Malaysia.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Sepiring Café Sdn Bhd, berkongsi bahawa, perisa turun-temurun negeri utara tersebut sudah pun disempurnakan, dan oleh itu, Sepiring berhasrat untuk memastikan pelanggan dapat benar-benar menikmati keenakan hidangan Penang tanpa risau tentang kualiti hidangan.

“Kami memilih untuk menyediakan aneka jenis makanan Penang yang menyelerakan kerana ia sangat digemari ramai dan kepelbagaiannya mencerminkan budaya negara kita yang kaya dan warna-warni.” kata Kah Yong.

“Sejajar dengan tradisi kami untuk menyediakan kepelbagaian cita rasa Malaysia, kami berbesar hati untuk memperkenalkan menu terbaharu kami, Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float di Sepiring.”

“Pasukan kami telah bertungkus lumus menghasilkan resipi yang bersandarkan warisan tradisional dengan kelainan yang moden untuk dinikmati pelanggan.”-Tambahnya

Hidangan masa terhad ini juga akan disertakan dengan Pasembur, yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran, makanan laut, yang dihidang bersama kuah kacang; Rojak Penang yang merupakan makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah rojak; Laksa Penang, sajian berkuah yang masam dan pedas; dan Cendol Sagu, pencuci mulut yang menyegarkan dengan agar-agar tepung beras berperisa pandan dengan sirap gula melaka.

Sepiring bertekad untuk menyediakan pengalaman makan yang sempurna dengan standard kualiti yang tertinggi. Dengan lapan buah cawangan di Lembah Klang, Sepiring melayani ribuan pelanggan dengan menunya yang pelbagai mengikut negeri, termasuk Dulang Warisan Timur yang menampilkan masakan tradisi orang Kelantan, Dulang Warisan Selatan yang menampilkan masakan tradisi orang Johor, dan Dulang Omak Den yang menampilkan masakan tradisi orang Negeri Sembilan. Menu mereka turut menampilkan makanan kegemaran rakyat tempatan yang popular seperti Nasi Pandan dengan Ayam Berempah, Laksa Kari, Nasi Ulam Nyonya dengan Ayam Percik, dan banyak lagi.

Kini dengan pelancaran Uniquely Rasa Penang, Sepiring sekali lagi bersedia untuk menyediakan hidangan yang pasti menggamit cita rasa para pelanggan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati selera Penang di keselesaan rumah anda atau kunjungi cawangan Sepiring terdekat dan nikmati sajian baharu yang istimewa ini!

Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini mengenai Sepiring, sila layari laman web rasmi mereka di https://sepiring.com.mv/ atau ikuti Facebook (https://www.facebook.com/SepiringUniquelyMalaysian) atau Instagram mereka (https://www.instagram.com/sepiringmalaysia).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hokkien Prawn MeeMenu Baharu SepiringRosy Nyor FloatSEPIRING
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara