• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Nak Jealous Buat Apa?”- Aedy Ashraf Langsung Tidak Cemburu Sharnaaz Bergambar Rapat Dengan Amelia

by Puteri Alia
June 12, 2024
Share on Facebook

Pelakon Aedy Ashraf menegaskan bahawa tiada istilah cemburu apabila melihat pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik gambar bersama Amelia Henderson dan memuji bakat lakonannya di Instagram.

Aedy yang melihat situasi ini dari sudut positif, menganggap bahawa Amelia berhak menerima pujian daripada rakan-rakan seangkatan termasuk Sharnaaz.

“Saya rasa biasalah, mereka (netizen) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tidak nampak benda itu sebagai satu perkara negatif,” kata Aedy.

“Sebaliknya bagi saya ia positif dan Amelia juga pelakon yang bagus. Jadi, siapa-siapa yang mahu memujinya, sudah tentu dia layak untuk menerima pujian itu. Sekarang orang sudah mula nampak lakonannya semakin bagus dan dia berhak untuk menerima pujian.”

Bercerita mengenai hubungannya dengan Sharnaaz, Aedy menjelaskan bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat seperti abang dan adik.

“Janganlah marah (netizen) Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina. Saya dan dia pun sudah seperti adik, abang. Kami juga ada berbalas komen di Instagram dan Direct Message (DM).”

Aedy menekankan bahawa dia menghormati Sharnaaz sebagai seorang pelakon dan juga sebagai seorang abang.

“Kami semua sama-sama satu industri dan saya pun tidak nampak maksud lain ketika dia membuat posting pujian itu,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz mencuri perhatian apabila memuat naik gambar bersama Amelia di Instagram. Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz yang segak memakai busana warna sedondon dengan Amelia membuatkan ramai netizen mengatakan Amelia kelihatan sesuai bersama pelakon itu.

Namun, ada juga komen kurang enak menuduh Sharnaaz seolah-olah tidak menjaga hati Aedy yang juga teman istimewa Amelia.

Aedy, dengan sikap profesional dan matang, menanggapi situasi ini dengan tenang dan menyatakan bahawa pujian terhadap Amelia adalah sesuatu yang wajar.

Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Sikap terbuka dan saling menghormati antara Aedy dan Sharnaaz membuktikan bahawa mereka mampu menjaga hubungan baik dalam industri hiburan, sekaligus menunjukkan contoh positif kepada rakan-rakan selebriti yang lain.

aedy ashrafAmelia Hendersonsharnaaz ahmad
https://lomp.at/ggr0c
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru

by Puteri Alia
September 26, 2025

Penyanyi popular Haqiem Rusli meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu penerbit terkenal, Datuk A Aida kini sedang ditidurkan di Unit...

Read more
Lokal

[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen

Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen majlis pertunangan anak lelakinya,...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Lokal

Remy Ishak & Nora Danish Kembali Bergandingan Dalam ‘Saling Tak Terlihat’

Mengangkat kisah wanita buta yang menemui cinta melalui rasa, Usanita Entertainment Sdn Bhd menghadiahkan sebuah naskhah telefilem terbaharu buat peminat...

Read more
by Naddy Joe
November 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!

Aktor, Adam Lee membuat perkongsian isitimewa ketika memberikan kejutan buat isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina sempena hari lahirnya yang...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Lokal

Shukri Yahaya Sifatkan Fadlan ‘Rare’, Minta Terus Kuat Dan Hormati Keputusannya

Sebelum ini pelakon Fadlan Hazim mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa dan penat selepas bertahun-tahun mencuba mencari tempat dalam...

Read more
by Aphit J.
September 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Mas Khan Sebak Kerana Terlalu Cepat Menilai Luaran Manusia

Pelakon, Mas Khan berkongsi rasa sebak apabila dia terlalu cepat menilai seseorang ketika berada di sebuah stesen minyak. Kongsi Mas...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
Foto - @selenagomez (IG)
Hollywood

Bergaduh Dengan Bella Hadid Kerana Cinta Lama? Ini Respons Selena Gomez…

Jangan salah faham ye... Walaupun penyanyi-pengasas Rare Beauty, Selena Gomez dan supermodel-pengasas Orebella, Bella Hadid berkongsi bekas kekasih yang sama...

Read more
by Nurul A.
October 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Manja Datuk Khalid Apabila Bersama Siti Nurhaliza Buatkan Netizen Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kompilasi video suami kepada Biduanita Negara iaitu Datuk Khalid yang mesra dan manja...

Read more
by Noah Ab
November 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Guna ‘Filter Pregnancy’ Buatkan Peminat Teruja-“Dapat Kembar Terus Haaa”

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang bermain filter pregnancy di applikasi tiktok, namun tidak sangka keputusan filter...

Read more
by Noah Ab
October 13, 2025
Lokal

Zizi Kirana Titip Wasiat Terakhir Buat Adiknya Sebelum Jejak Ke Gaza, Flotila Kini Dibayangi Kapal Israel

Menabur bakti menuju Gaza bersama misi kemanusiaan, penyanyi Zizi Kirana menitipkan pesanan syahdu buat adiknya, Nurul Nazielah agar menjaga keluarga...

Read more
by Puteri Alia
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore